Friday, December 31, 2010

TAHUN BARU MASEHI 2011......

Assalamualaikum WBT,
Detik 12 malam ini akan bermulalah tahun baru tahun Masehi 2011........bagaimana kita semua ye selama setahun dalam 2010 lihatlah diri kita semula......muhasabah diri kita mudah-mudahan Allah SWT akan memberikan keberkatan......dan dilanjutkan usia kita dalam keadaan sihat walafiat dan jadilah khalifah dimukabumi Allah ini membawa kesejahteraan sekelian ummat manusia........insyallah..............SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2011..............................

Monday, December 27, 2010

BEKAM SUNNAH......Al Hijamah....

Assalamualaikum WBT,
Tahun baru Hijrah 1432 telah pun berlangsong hari ini 21Muharram 1432 telah 3 minggu........dan 4 hari lagi bakal muncul tahun baru Masehi 2011.......tahun demi tahun berlalu apakah yang telah kita semua lakukan untuk kebaikan dunia ini sebagai Khalifah dimuka bumi kita selalulah bermuhasabah diri supaya kita menjadi UMMAT MUHAMMAD SAW yang bagus dan sentiasa membawa keamanan & kesejahteraan buat sekelian ummat dimuka bumi ini.....insyallah.........

Pencapaian Kak Sue pada tahun ini Kak Sue ukur dari segi kerjaya perniagaan bersama HPA......PENCAPAIAN PERTAMA : ialah selama 8 bulan perjuangan Kak Sue telah mencapai tahap pangkat PENGARAH JATI alhamdulillah kurniaan Allah SWT....kalau kita berusaha dan yakin kepadaNYA insyallah kita akan mencapai apa yang kita cita-citakan.......Kak Sue telah menjadi Ahli HPA pada tahun 2008 dan pencapaian awal hanya setakat PLX (Pengurus Melati) selama 3 bulan kemudian bergerak kepangkat PRX (Pengurus Meranti) selama hampir setahun sehingga dibukakan hati & jiwa oleh Allah SWT pada awal 2010 untuk mencuba sedaya upaya untuk ketahap PJ alang-alang kita berjuang kenapa tidak berjuang secara TOTAL?????

PENCAPAIAN KEDUA : Selama 2 tahun perjuangan dalam HPA berbagai-bagai ilmu telah ditimba dan dipelajari sebagai asas untuk meneruskan perniagaan dalam bidang produk dan rawatan tradisional.....hanya 1 sahaja perkara/ilmu yang Kak Sue dan rakaniaga paling takut untuk belajar iaitu ILMU BEKAM............... apa yang sangat ditakuti yang bermain-main diminda kami ialah teringatkan 'jarum'...... kami ingatkan jarum yang digunakan saperti jarum suntikan yang sering digunakan oleh doktor-doktor perubatan bagi menyuntik pesakit jadi setiap kali kelas ilmu bekam diadakan perasaan 'ngeri' dengan jarum itulah yang telah membantutkan kami untuk belajar..............entah macam mana pada bulan November lepas Herbalis Sdr Azmely telah menganjurkan KURSUS ASAS BEKAM selama sehari diKomiti Nilai.....secara teori & praktikal....Kak Sue pun jemputlah rakaniaga Kak Sue untuk belajar sama...dah 2 tahun memikirkan jarum kenapa tak kita cuba je sekali ini.......maka kami pun belajarlah ILMU BEKAM beserta dengan praktikalnya sekali................dengan tak semena-mena selepas habis belajar kami berdua ketawa terbahak-bahak didalam kereta kerana terkenangkan 'jarum' yang digunakan dalam ilmu bekam.........aduh cuba anda bayangkan bagaimana keadaan digigit semut tentu tidak berapa sakitkan?? rupa-rupanya tusukan jarum bekam tidak terasa...gigitan semut lebih sakit dari tusukan jarum bekam..................MAKA SEKARANG KAMI TELAH LULUS TEORI DAN PRAKTIKAL MEMBEKAM........Pencapaian ini yang paling hebat jika nak dibandingkan dengan pencapaian-pencapaian yang lain ALHAMDULILLAH................................

Thursday, December 2, 2010

MEE SEGERA HPA......

Assalamualaikum WBT,

Musim cuti sekolah/semester telah pun bermula....maka berhimpunlah anak-anak dirumah ibu bapa menghabiskan cuti yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh ibubapa terutama anak-anak yang kerinduan menjamah masakan ibu juga dapat bertemu dengan adik-beradik serta saudaramara....tambahan pula tentu ramai yang mengadakan kenduri kahwin semasa cuti persekolahan/semester ini. Apabila telah berhimpun maka soal utama ialah apa yang nak dihidangkan kepada anak-anak ini........Kak Sue nak kongsi 1 resepi rengkas & mudah disediakan tambahan pula memang sangat digemari oleh anak-anak.......masakan mee segera HPA.......

Sapertimana ramai yang telah mengetahui bahawa mee segera dipasaran amat diragui akan kehalalan & kebersihannya........caranya tumiskan bawang putih, bawang merah & sedikit halia serta rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih) kemudian masukan sedikit hirisan ayam organik HPA biarkan sebentar...lepas itu taburkan sedikit rempah kari HPA apabila telah wangi baunya masukan semangkuk air biarlah mendidih....masukan mee kuning HPA kemudian dimasukan telur ayam....baik kalau dapat masukan sedikit sayur sawi & lobak merah.......biarlah sehingga mee masak sebentar dan dihidangkan......jangan lupa garam bukit HPA...............rasa mee ini lebih sedap dari mee segera yang ada dipasaran tambahan pula dengan ayam organik yang sihat dan mee kuning (mee kering HPA) yang bersih dari bahan kimia dan bahan najis..........yummi.......cubalah hari ini juga......anak-anak pasti sukakannya.......

Friday, November 26, 2010

KAEDAH PERSIJILAN HALAL JAKIM....

Salam,

Bagi rakan & teman HPA mahu pun yang belum ahli yang mahukan ilmu yang mendalam mengenai kaedah & tatacara bagaimana JAKIM memberi PERSIJILAN HALAL kepada produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar/industri......jom ramai-ramai kekuliah diHPAic pada hari Ahad 12.12.2010 jam 9.00 malam. Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Amri iaitu Penceramah dari JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)............jika anda ada kesangsian & keraguan selama ini boleh juga mengemukakan soalan...............

"TUNTUTLAH ILMU SEKALI PUN KENEGERI CHINA DAN TUNTUTLAH ILMU HINGGA KELIANG LAHAT"...... demikianlah Rasulallah SAW berpesan kepada ummatnya...........apalagi kita isi minda kita dengan ilmu dunia dan akhirat kerana semasa kita keSANA tidak ada harta atau wang ringgit yang akan kekal dan menjadi perisai kepada kita ummat Islam melainkan salah satunya ialah " ILMU YANG BERGUNA YANG BOLEH DIMANFAATKAN OLEH SEKELIAN INSAN".....................insyallah.......

Friday, November 19, 2010

ADUH MUSYKILNYA...JAKIM OH JAKIM.....

Salam Semua,
Selamat Hari Raya Idiladha kepada sekelian muslimin & muslimat yang dirahmati Allah SWT.......sempena dengan Idiladha sudah pasti banyak ibadah korban yang dilakukan oleh ummat Islam diserata dunia......pada 15.11.2010 (Isnin) berlangsong diHPAic ceramah dari JAKIM dengan tajuk " TEKNOLOGI MODEN DALAM SEMBELIHAN HALAL"....terima kasih tak terhingga kepada Ustaz Mohd Amri yang memberikan ceramah dengan diselangseli dengan sedikit humour membuatkan hadirin tersenyum memanjang.....banyak ilmu yang telah dapat dipelajari mengenai cara-cara sembelihan haiwan untuk dimakan oleh manusia diseluruh dunia samada secara halal/tidak halal..........terasa ngeri melihatkan cara sembelihan oleh orang-orang bukan Islam keatas haiwan ternakan...........antara isi kandungan ceramah oleh Ustaz Mohd Amri bahawa darah yang mengalir dipusat-pusat sembelihan ini dikumpulkan untuk dijadikan "PLASMA DARAH" bagi perusahaan membuat makanan BEBOLA (fish ball/chicken ball/meat ball dsb).....dengan mencampurkan plasma darah ini makanan bebola akan menjadi lembut, kenyal dan putih................

Terfikir didalam hati adakah makanan bebola yang dipasarkan disegenap pasaraya diseluruh negara hampir semuanya disediakan oleh orang bukan Islam dan dibalutannya terpampang logo "HALAL JAKIM"....tidak??? menggunakan "plasma darah" dalam proses penyediaannya???? .....agak musykil juga kerana dari kajian yang dibuat oleh CAP (Consumer Association of Penang) dalam bukunya "HALAL HARAM"kebanyakan makanan bebola yang terdapat dipasaraya-pasaraya mengandongi plasma darah haiwan!!!.......Kak Sue sarankan anda sekelian buat kajian sebelum menjamu selera.........................

Tuesday, November 9, 2010

Akhil Hayy DiHPAic...........

Salam,
Hujung minggu yang santai dengan deraian gerimis telah berlangsong diHPAic ceramah motivasi oleh Ustaz Akhil Hayy yang satu masa dulu sangat popular diAstro........wajahnya yang manis membuatkan para hadirin tak jemu-jemu menatap...begitulah kurniaan Allah SWT memberikan rahmat kepada hambanya....apa pun kita harus bersyukur kepadaNYA walau apa pun yang dikurniakan kepada kita semua..............Alhamdulillah....ceramah oleh Ustaz Akhil Hayy memang menakjubkan, beliau pandai menarik perhatian disamping ada unsor-unsor humour yang diselitkan...membuatkan hadirin tidak mengantuk dan ternanti-nanti ucapannya.......dipengakhiran majlis telah dilancarkan "MINYAK WANGI" keluaran Akhil Hayy Network yang akan dipasarkan oleh HPA..........waduh ramai pejuang-pejuang Agama yang telah mengeluarkan minyak wangi sendiri....TAHNIAH!!!.....perjuangan Rasulallah SAW dalam perniagaan telah disambut oleh ummatMU.......

Tuesday, October 19, 2010

GAMATKAN HPA DENGAN GAMAT.....

Salam,

Pada 13.10.2010 (Rabu) telah berlangsong KPJ diHPAic diShah Alam. Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) malam itu khusus untuk membincangkan produk yang sangat baru keluaran HPA iaitu Chlorophyl Drops oleh Dr.Zakaria Abdullah dan JELI GAMAT oleh Professor Dr.Zaiton Hassan, Pakar Sains Makanan yang pernah berkhidmat sebagai Pensyarah & Penyelidik Sains Makanan diUPM dan kini beliau berkhidmat dengan USIM. Dari penerangan yang diberikan oleh kedua-dua pakar ini jelaslah bahawa Chlorophyl Drops berjaya menukar darah manusia yang berasid kepada darah yang beralkali dan GAMAT pula dapat membantu seseorang yang mengamalkan menjadi sehat dan awet muda..........

Rahsia GAMAT kepada manusia bukanlah baru sehinggakan diJepun ianya dihidang sebagai makanan 'spesial' kerana khasiatnya yang tiada tandingan....gamat ialah sejenis haiwan yang hidup dalam persekitaran air yang bersih dan hidup dengan memakan 'plankton' yang banyak terdapat dilaut dalam hampir kedasar lautan.........kejadian gamat yang unik dimana sekiranya ia terpotong akan bercantum kembali dengan izin Allah SWT....maha besarnya Allah yang menjadikan sekelian alam didarat & dilautan untuk kegunaan dan kesejahteraan manusia sejagat........menfaatkanlah produk ini insyallah anda semua akan terhindar dari segala penyakit...............

Professor Dr.Zaiton telah membuat kajian mengenai gamat hampir 10 tahun.....dan beliau juga mengamalkan pemakanan gamat pada setiap hari....pada usia emasnya anda boleh lihat kesan keatas dirinya dimana beliau tetap ceria, mempunyai bentuk badan sederhana dan kulit beliau juga hampir tidak nampak kedut-kedutnya jika dibandingkan dengan wanita yang sebaya dengan beliau yang tidak mengamalkan pemakanan gamat......bagi wanita sangat baik untuk dijadikan produk kecantikan....dimana jeli gamat ini diminum 2 kali sehari dan sapukan sedikit dimuka pada setiap malam...insyallah dalam tempoh 2 minggu akan nampak perbedzaan pada kulit wajah dimana kulit akan menjadi lebih gebu dan halus serta boleh menanggalkan sel-sel yang mati....

Apa lagi pada malam itu kami semua turun keHalalmall HPA yang terletak ditingkat bawah HPAic dan menyerbu produk JELI GAMAT......ada juga yang membeli sehingga 20 botol untuk diagihkan kepada rakan-rakan kongsi mereka yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur.......hampir setiap orang membelinya.........dan kini telah hampir 5 hari kami menggunakan produk ini disamping meminum jeli gamat kami juga menyapu sedikit dimuka pada setiap malam....jelaslah apa yang dikatakan oleh Prof.Dr.Zaiton adalah benar.....dapat dirasakan perubahan kepada kulit yang mulai menjadi lebih gebu dan halus......cubalah hari ini.........




Thursday, October 7, 2010

RUMAH TERBUKA............

Salam,
Selamat Hari Raya kepada semua muslimin & muslimat.....setelah selesai menjalani ibadah puasa selama 30 hari dibulan Ramadhan maka ummat Islam kini meraikan perayaan Aidilfitri selama 29/30 hari dibulan Syawal. Maka dibulan Syawal yang mulia ini yang dilimpahi Allah SWT dengan rahmat & nikmatNYA menurunkan rezki yang tidak putus-putus maka bergemerlapanlah MAJLIS-MAJLIS RUMAH/PEJABAT TERBUKA disana sini..................
Dalam kita meraikan hari yang mulia ini kita kenalah berhati-hati dengan makanan/minuman yang kita ambil.....boleh dikatakan menu makanan Hari Raya hampir sama disana sini iaitu menu yang penuh dengan lemak, minyak, garam, gula, kolesterol dan berbagai lagi yang mungkin kurang baik untuk kita dari segi kesihatan jika mengambilnya berlebihan......oleh itu bagi berkongsi maklumat maka anda semua perlulah mengambil lebih banyak herba untuk persediaan, paling penting ambillah sesudu besar MINYAK ZAITUN (extra virgin olive oil) diminum 2 kali sehari sebelum kita mengambil juadah hari raya yang amat lazat........insyallah tumbuhan yang telah dihidupkan oleh Allah SWT dikawasan Timur Tengah yang boleh hidup sehingga 800 tahun itu boleh membantu kita kekal dalam keadaan sehat....insyallah...........
Pokok zaitun tumbuh subur disepanjang sempadan Negara Palestin dengan Israel yang telah dapat memberikan hasil ekonomi kepada penduduk Palestin sejak ratusan tahun dahulu.......tetapi malangnya pada masa ini pokok kurniaan Allah SWT ini telah banyak dimusnahkan oleh tentera Israel bagi menghalang penduduk Palestin mendapat rezki dan akhirnya akan membunuh mereka secara senyap.......astagfirullahalazim.....kebencian yahudi kepada orang Islam Palestin sehinggakan pokok yang tidak melakukan dosa yang memberikan sumber rezki pun dibenci dan dimusnahkan...............
Bagi anda yang masih menjamah juadah yang disediakan oleh Yahudi anda fikirkanlah masihkah anda sanggup membiarkan perkara ini berlaku..............................tinggalkan & buangkan produk Yahudi dari dapur kita tukar kepada produk HPA..................

Monday, October 4, 2010

MAJLIS PERASMIAN HPAIC

Salam Semua,

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan Majlis Perasmian HPAIC pada 2.10.2010 berjalan dengan lancar dan telah disempurnakan oleh PU bersama dengan ratusan PJS HPA.........hadirin yang terdiri dari Ahli & bukan ahli HPA telah membanjiri disegenap ruang sekitar HPAIC melebihi dari 2,000 orang. Berdiri megahnya HPAIC biarlah sama berdirinya bangsaku menggapai kecemerlangan ekonomi agar setara dengan mereka-mereka yang lain....insyallah.......


Pada sebelah petangnya telah berlangsong seminar sehingga jam 5 petang......ahli-ahli HPA telah membanjiri Dewan Seminar ditingkat 1 sehingga ada yang duduk diatas lantai yang beralaskan 'carpet' juga diruang tangga menuju ketingkat bawah.....
Paling menarik perhatian dibangunan HPAIC ini ialah sebuah teratak kayu yang menghiasi lanskap dalaman bangunan ini yang telah dapat menyentoh hati setiap pengunjung kerana diteratak inilah bermulanya perniagaan HPA .............subhanallah.......

Tuesday, September 28, 2010

MAJLIS PERASMIAN HPAIC 2-10-2010

SALAM SEJAHTERA,

Tidak dapat dinukilkan dengan kata-kata akan kehadiran sebuah bangunan setinggi 12 tingkat sebagai MERCU TANDA KEJAYAAN sebuah syarikat MLMS Bumiputera diBandar Anggerik Shah Alam yang juga merupakan sebuah perbandaran majoriti bumiputera........

Bangunan ini mungkin kepada orang lain hanyalah sebuah bangunan diantara ribuan bangunan tinggi dinegara kita dan kepada mereka mungkin tidak ada apa-apa keistimewaan.........tetapi bagi kami AHLI-AHLI HPA kami merasakan ini adalah sebuah wadah perjuangan yang perlu diteruskan demi anak bangsa yang telah lama jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dinegara tumpah darahnya sendiri....betapa kita semua akan dikesalkan oleh anak cucu kita nanti sekiranya kita tidak sama-sama berjuang mempertahankan hak peribumi dan meneguhkan ekonomi bumiputera dengan produk-produk halal & thoyyib.........

Marilah kita sama-sama berada disana pada tanggal 2.10.2010 tarikh bersejarah yang akan melakarkan satu titik perjuangan...................insyallah HPA akan bertapak diseluruh persada bumi Allah SWT.....amin.....

Monday, September 20, 2010

SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI

Salam,

Hari ini genap 11 hari kita menyambut Hari Raya Idilfitri.....mungkin ramai antara kita yang membuat Rumah Terbuka menjamu teman, rakan, sahabat handai, jiran tetangga dan saudara mara....dalam kita menjamu selera kita perlu berwaspada dan beringat agar apa yang kita hidangkan sebaik-baiknya dari bahan yang halal & thoyyibah.....gunakanlah sebanyak mungkin produk keluaran HPA.....sudah lama kita semua memberikan sokongan kepada produk non-muslim lebih-lebih lagi produk YAHUDI maka hari ini kita perlu lakukan 'paradigmn shift' anjakan paradigma kepada sesuatu yang lebih baik..........

Akhir kalam Selamat Menyambut Idilfitri....maaf zahir & bathin.....

Monday, September 6, 2010

LAILATULQADAR..........

SALAM SEMUA,

Alhamdulillah hari ini telah sempurna selama 27 hari ummat Islam menyempurnakan ibadah puasa...hanya 3 hari sahaja lagi Ramadhan akan berlalu dan hanya 3 hari sahaja lagi kita dapat memungut segala pahala dan keberkatan yang disediakan oleh Allah SWT dibulan yang sangat berkat ini....alangkah ruginya kalau kita tidak mengambil kesempatan ini....tahun hadapan belum tentu lagi kita akan bertemu lagi Bulan Ramadhan...........pada bulan ini iblis dan syaitan dirantai maka mulai Syawal syaitan & iblis akan dilepaskan semula maka amat sukar bagi kita untuk mengawal diri & keluarga dari godaan makhluk-makhluk ini.......insyallah bagi Ahli-Ahli HPA kita semua akan terus mengawal diri dan keluarga kita dari segala godaan iblis & syaitan didalam pemakanan, pemakaian, hiasan, amalan dan sebagainya.........

Ahli-Ahli HPA teruskan usaha memartabatkan produk makanan/produk kesihatan/produk penjagaan diri yang HALAL & THOYYIBAH......bak kata PU dalam pesanannya kepada semua Ahli-Ahli HPA ...." PASTIKAN MEJA HIDANGAN DIPENUHI DENGAN 100% PRODUK HPA".......Insyallah Tuan Haji kami memohon kepada Allah SWT agar hati & jiwa kami akan cekal menghadapi segala dugaan dan godaan "iblis & syaitan" ini.............

Tuesday, August 31, 2010

BUBUR LAMBUK SPECIAL 'HPA'

Salam,
Selamat menjalani ibadah puasa....dah masuk hari ke21 hari ini...rasanya tidak terlewat nak cerita mengenai 'bubur lambuk'....satu juadah yang dianggap 'kemestian' dibulan Ramadhan hampir setiap tahun banyak surau dan mesjid menyediakan juadah ini untuk dibagi-bagikan kepada sekelian kaum muslimin/muslimat....................tidak ketinggalan juga ada usahawan yang mengushakan juadah ini untuk mencari rezki tambahan dalam bulan Ramadhan......

Pada hari Ahad lepas dalam perjalanan pulang kerumah dari KLIA sempat Kak Sue singgah dimesjid KLIA untuk menyempurnakan solat asar....selepas solat Kak Sue sempat mengambil 2 mangkok 'bubur lambuk'.....satu untuk waktu berbuka dan satu lagi untuk bersahur........semasa berbuka 'bubur lambuk' telah selamat di'kendurikan' sedap cukup lemak dan
rempah ratusnya......kemudian Kak Sue terfikir kalau diletakan sedikit (satu kapsul) MEGA 3 tentu rasanya lebih enak......jadi sewaktu sahur Kak Sue telah mencampurkan 1 kapsul MEGA 3 kedalam hidangan 'bubur lambuk'.....wau rasanya sungguh enak..........inilah dia resepi 'BUBUR LAMBUK SPECIAL HPA'......cubalah hari ini memang sedap sesedap rasa...........

Friday, August 27, 2010

RAMADHAN ALMUBARAK

Salam,

Dalam keadaan kita ummat Islam khusyuk menunaikan ibadah puasa, bersolat terawikh dimalam hari.....mencari sebanyak-banyaknya pahala dibulan yang sangat barakah ini maka kita harus beringat agar semasa menjamu selera waktu berbuka hendaklah makan/minum makanan yang benar-benar halal & thoyyibah.....do'a tidak dimakbulkan sekiranya memakan benda-benda yang 'haram'......kita ummat Islam sekali lagi digemparkan dengan deretan hotel-hotel yang menawarkan 'Buffet Ramadhan'.....sedangkan makanan/minuman yang dihidangkan adalah 'haram'...masyallah.....betapa 'kejamnya' mereka pengusaha-pengusaha hotel ini langsong tidak memperdulikan sensitiviti ummat Islam......salah siapa???............

Kunjungilah laman web JAKIM untuk dapatkan kepastian :

www.halal.gov.my

LEBARAN HAMPIR TIBA.......

Salam,
Hari ini genap 17 hari ummat Islam menunaikan ibadah puasa dibulan yang barakah bulan Ramadhan Al Mubarak......kini hampir pula tiba Idul Fitri dibulan Syawal yang akan disambut sehebat sambutan bulan Ramadhan.......maka HPA pada tahun ini menawarkan sebarisan kuih muih/cookies sebagai penyeri dihari yang indah ini........kunjungilah blog HPAHALALHUB MELAKA untuk membuat pilihan anda :

http://hpamelakahalalhub.blogspot.com/

Bagi ahli-ahli HPA akan dapat nilai mata setiap pembelian cookies ini......rasanya pun sedap yummi........

Tuesday, August 24, 2010

PBC ALLSON KLANA, NILAI

Salam,
Pada 21 & 22 Ogos lepas telah berlangsong PBC anjuran HPA Cawangan Nilai bertempat diAllson Klana, Nilai, Negeri Sembilan. Suasana sangat meriah kerana peserta yang hadir lebih dari 63 orang dimana 60 orang darinya adalah terdiri dari Mahasiswa-Mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mengikuti Bidang Perniagaan/Keusahawanan dimana mereka akan menjadikan perniagaan HPA sebagai pengkhususan dalam menggarap ijazah mereka nanti dan insyallah mereka akan meneruskan bidang perniagaan ini apabila mereka tamat pengajian......insyallah.

Satu idea yang sangat baik yang dilakukan oleh UniKL dimana mahasiswa jurusan perniagaan/keusahawanan telah didedahkan dengan pembelajaran mengenai perniagaan secara 'hands on' tambahan pula mereka telah didedahkan dari peringkat awal lagi tentang pemakanan dan produk-produk HALAL & THOYYIBAH.....TAHNIAH KEPADA Pengurusan UniKL yang telah melihat betapa pentingnya generasi muda melalui kehidupan yang bersih dan tidak terjebak dengan jenis-jenis perniagaan yang berunsor syubhah kerana rezki yang akan kita gapai dialam ini biarlah rezki yang mendapat keredzaan dari ALLAH SWT.........

Friday, August 13, 2010

Chlorophyil Drops Dan Bihun....

Alhamdulillah HPA telah melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan barangan keperluan harian iaitu produk baru BIHUN DAN CHLOROPHYIL DROPS. Dua produk ini dijangka akan meledakkan lagi pasaran dan jualan HPA untuk merealisasikan sasaran HPA kearah RM20juta sebulan......

Chlorophyil Drops ini adalah hasil kajian saintis anak bangsa sendiri iaitu Dr.Zakaria Abdullah yang telah membuat kajian dan penyelidikan selama 7 tahun . Beliau adalah salah seorang usahawan yang bernaung dibawah Halalhub Melaka diSerkam. Dari testimoni pengamal Klorofil ini didapati bahawa bagi wanita-wanita masakini yang ramai menghadapi masaalah keputihan alhamdulillah telah sembuh selepas 3 hari mengamalkannya. Klorofil ini berjaya membantu menutralkan badan manusia yang berasid kerana cara pemakanan hari ini penuh dengan gula, lemak, garam akan menyebabkan tubuh badan menjadi 'asidosis'.....apabila badan telah dinutralkan maka mudahlah penyerapan herba diambil oleh tubuh manusia......

Ayuh anda semua nantikan produk ini dipasaran yang terdekat dengan anda dan rasailah perbedzaannya. Bagi anda yang ingin selalu sihat, ceria dan AWET MUDA inilah rahsianya........perbedzaan yang nyata dalam tempoh seminggu kulit wajah dan badan anda akan kelihatan lebih tegang dan bermaya........waduh jadi muda semuanya.....

Terlalu banyak berita mengenai bihun dipasaran yang pembuatannya amat diragui kebersihan dan halalnya maka HPA terpanggil untuk menyediakan bihun halal untuk kegunaan sekelian muslimin & muslimat. Texture bihunnya halus dan amat baik untuk dibuat bihun goreng atau sup......cubalah.....

Wednesday, August 11, 2010

PIC Perkongsian Ilmu Cemerlang

Salam Sejahtera Semua,

Pada 7 & 8 Ogos telah berlangsong PIC iaitu Perkongsian Ilmu Cemerlang KHAS diDewan Umar Mukhtar, Sg.Petani, Kedah. Peserta yang hadir seramai lebih 200 orang telah memenuhi setiap ruang dewan sehinggakan ada yang membentang tikar untuk sama-sama mendengar ilmu yang disampaikan oleh Y.Bhg.Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad, Pengarah Urusan HPA. PU telah memberikan kuliah ilmu perubatan herba secara solo selama 2 hari....hebat sungguh beliau boleh memberikan kuliah selama 2 hari tanpa rasa jemu dan letih......sentiasa ceria menyumbangkan baktinya memberikan ilmu kepada sekelian peserta......PU telah bermurah hati memberikan secara percuma 3 buah buku koleksi perubatan jawi yang ditulisnya sendiri....alhamdulillah panjang
umur kita jumpa lagi Tn Hj berilah lagi!!!!

Sepanjang 2 hari peserta-peserta telah didedahkan dengan pengenalan rupa herba yang digunakan dalam PERUBATAN JAWI, kandongan bahan aktif yang ada dalam herba yang digunakan oleh HPA.Antara perkara yang diperkatakan oleh PU yang sangat menarik perhatian adalah hasil lawatan diIrian Jaya.....Ahli-ahli HPA disana mohon kepada Tn.Hj supaya singkatan HPA itu janganlah 'HARAPAN PALING AKHIR' ....mereka mohon supaya ditukar kepada "HARAPAN PALING AWAL".....kerana mereka baru saja mengenali HPA berilah mereka peluang berkembang bersama HPA masih terlalu awal untuk dikatakan harapan paling akhir........


Sambil mendengar kuliah sempat juga kami bergambar merakamkan saat yang begitu bermakna



Peserta dari luar daerah telah diberikan penginapan diHOMESTAY HPA iaitu diLegenda iaitu satu kawasan penempatan baru yang sedang berkembang pesat diSungai Petani, Kedah DarulAman.




Selepas menghadiri kuliah kami sempat keRFC, Radix Bakery, Radix Pizza House.....kami semua dapat menjamu selera dan melepaskan dendam yang telah terpendam sekian lama kerana dah lama tak masuk restoren ayam goring dan juga pizza diKuala Lumpur.........
Makan pizza direstoren RADIX PIZZA HOUSE

Sempat bergambar diRADIX BAKERY HOUSE


Wednesday, July 21, 2010

SACHET KOPI RADIX

Salam,
Beberapa bulan lepas PU HPA telah menyarankan kepada semua ahli yang mempunyai kreativiti/idea supaya tampil mencipta produk/barangan/peralatan yang menggunakan 'sachet kopi radix'. Pertandingan telah dibuat mengikut zon, Kak Sue berkesempatan menyaksikan pertandingan diperingkat Zon Selatan yang telah dilangsongkan diHalalhub Serkam, Melaka ......wau banyaknya idea & gubahan yang telah dipersembahkan. Antara yang paling menarik perhatian Kak Sue ialah 'PAYUNG DARI SACHET KOPI RADIX' cantik dan menarik....rasanya boleh dibuat promosi untuk memperkenalkan HPA kerana keseluruhan payung tersebut ditutupi dengan sachet kopi radix....nah dibawah ni Kak Sue letakan gambar payung tersebut untuk tatapan anda semua......


Tuesday, July 20, 2010

AYAM ORGANIK, AYAM HPA......

Salam Semua,
Sekali lagi saperti biasa kuliah mingguan telah berlangsong dimerata Center HPA...semalam diHPA Cawangan Kajang.....sebarisan pemimpin Alwahida dari KPA (Kelab Pemimpin Alwahida) telah hadir menyemarakan lagi kuliah ini dengan ilmu herba dari Herbalis Pn Hasmah, Herbalis Tn.Hj Ramly, PJS Tn.Hj Marjuni, PJS Tn.Hj Jumani, PJS Tn.Hj Zainal dan ramai lagi.....disertai dengan semangat motivasi dari PJS En Hafidzan (Pengerusi KPA)....mereka memang hebat bukan sahaja ceramahnya bahkan juga ekonomi mereka amat mantap.....HPA memang boleh menjadikan IMPIAN MENJADI REALITI....anda yang masih lagi bermimpikan gunung-ganang...realitikan impian anda itu tanpa lengah lagi jom join dengan kami dalam perjuangan HPA..KLIK kat Join Ahli HPA Online ...

Diantara nasihat & tunjuk ajar kepada hadirin ialah ada setengah ahli HPA jatuh merajuk kerana ketiadaan stok syam organik yang agak lama.....rasanya janganlah merajuk anggaplah ini sebagai dugaan dan cabaran untuk kita menuju kejayaan.....sekiranya ayam organik HPA telah kehabisan rasanya untuk sementara waktu tukarlah pilihan kita kepada ayam organik lain yang diternak oleh pengusaha Islam yang lain saperti AYAM ORGANIK DR ZAINOL......saperti juga kalau kita tidak dikurniakan zuriat oleh Allah SWT apa salahnya kita mengambil anak angkat kerana Allah meminta kita memberikan kasihsayang kita kepada insan lain yang mungkin amat malang tiada kasih sayang ibunda mereka atas berbagai sebab...setiap kejadian sudah pasti ada hikmah disebaliknya hanya Allah SWT yang maha mengetahuinya.....

Maka itu bagi sekelian ahli HPA atau yang bukan ahli jika inginkan ayam organik dan juga produk2 lain yang HPA tidak sempat memenuhi kehendak kita cubalah beralih kepada pengusaha lain yang antaranya Kak Sue telah menemui sebuah mini market yang terletak disebuah kawasan baru diShah Alam diSeksyen 15 iaitu PASAR MINI AZ-ZAIN.....pasar mini milik sepenuhnya bumiputera Melayu Islam ini memasarkan semua produk halal yang dibuat & disediakan sendiri oleh orang Islam....insyallah tidak ada bahan-bahan yang syubhah digunakan...dipasar mini ini juga tidak langsong dijual produk-produk yang dibuat oleh bukan Islam apatah lagi produk Yahudi saperti Coca Cola, Milo dan sebagainya......

Kak Sue letakan disini flyers/lokasi syarikat untuk rujukan anda semua disini:
AZ-ZAIN SHAH ALAM
NO.9, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15
40200 SHAH ALAM TEL: 013-3935103 (Kurishah)

Sunday, July 11, 2010

APA YANG KITA MAKAN ITULAH YANG MENJADIKAN KITA....


Dimalam Isra' & Mikraj ini ada eloknya kita bermuhasabah diri kita semula...adakah kita benar-benar menuruti apa yang diperintah oleh Allah SWT......dimalam inilah Rasullallah SAW telah menangis menyaksikan tidak ramai ummatnya masuk syurga......tidak terfikirkah kita kenapa terjadinya begitu....sedangkan kita sendiri mengakui kita telah beramal saperti apa yang diperintahNYA...tidak pernah tinggal solat bahkan ditambah lagi dengan solat2 sunat....puasa sunat...malah sedekah jariah mungkin telah bertimbun dan terfikir juga kita bahawa kita lihat begitu ramai malahan berjuta ummat Islam yang tahfiz AlQuran...berjuta2 yang mengerjakan Haji & Umrah tetapi masih tidak ramai Ummat Muhammad yang lulus ujian Allah SWT untuk masuk kesyurgaNYA......kenapa ye.....

Jawapan mudah ialah pemakanan ummat Muhammad hari ini disediakan oleh orang2 Yahudi, orang2 kafir yang penuh dengan bahan-bahan yang syubhah & najis berat....pakaian mereka dicuci dengan sabun yang disediakan oleh orang kafir yang banyak mengandongi bahan najis muqhallazah....kain pelikat & telekong mereka yang digunakan untuk solat diselaputi oleh najis2 mughallazah....masyallah solatlah beribu kali hatta 24 jam sekali pun....adakah sah solat kita...adakah diterima kebaikan kita.......maka mungkin itulah barangkali ummat Muhammad tidak ramai yang lulus kesyurgaNYA.......

Friday, June 18, 2010

HALALMALL DI HPAIC

Salam,

Semalam KPJ (Kuliah Perubatan Jawi) bersama Pengarah Urusan Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad telah berlangsong dengan jayanya diDe Palma, Ampang......seperkara yang menarik pada malam tadi ialah demo masakan/produk dari sebahagian lagi Usahawan dari HALALHUB MELAKA yang akan dipasarkan oleh HPA. Ahli-Ahli HPA yang datang telah diberi peluang membuat ujirasa dimana dari uji rasa ini akan dibuat 'value added' kepada produk tersebut. Kak Sue amat teruja sekali kepada masakan daging salai masak lemak cili api dan rosell carbonated drink wau memang sedap....ada puluhan produk makanan baru untuk dinikmati.......insyallah produk-produk ini akan mendapat sambutan ramai......

Pada 2.10.2010 insyallah akan berlangsong perasmian Bangunan HIC diShah Alam.....PU telah mengumumkan bahawa HALALMALL juga akan dirasmikan.....wau maka kita semua ahli akan mudah untuk mendapatkan produk HPA & Produk Halal yang bernaung dibawah HPA....ayoh kita beri sokongan padu kepada rangkaian perniagaan HPA.....

Thursday, June 17, 2010

PERJUANGAN SEBENAR HPA BAKAL BERMULA.......


SALAM PERJUANGAN...

Perjuangan sebenar HPA bakal bermula pada 2.10.2010 diShah Alam apabila bangunan baru yang dinamakan HPA International Centre (HPAIC)akan dibuka secara resminya oleh Y.Bhg.Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad..Pengarah Urusan HPA.....Bangunan ini nanti akan ditempatkan rangkaian perniagaan HPA iaitu RFC, RCH, Radix Bakery,HPA Islamic Bookstore dan berbagai lagi perniagaan HPA akan muncul......

Alhamdulillah syukur kehadzrat Ilahi.....demi kesejahteraan ummah perjuangan HPA yang murni ini telah melangkah kesatu tapak yang lebih cemerlang dan gemilang apabila perniagaan ini akan melebarkan sayapnya diseluruh negara malahan akan berkembang disegenap benua......Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor DarulEhsan negeri maju 2009 sejajar dengan perkembangan Lembah Kelang maka pembangunan pesat Selangor DarulEhsan akan memberi impak positif kepada perniagaan HPA Insyallah.........

Anda yang berada diluar sana "Marilah Bersama KeJalan Kami"......bersama HPA kita bangunkan ekonomi agar kita 'berdiri sama tinggi'

SEMOGA HPA AKAN MAJU DAN TERUS BERKEMBANG..........

Tuesday, June 1, 2010

BANTUAN KEMAKNUSIAAN

Salam,
Kita semua berasa sangat sedih dan dukacita beberapa hari ini diatas kekejaman & kezaliman Zionis Yahudi laknatallah yang telah membunuh berpuluh anggota & puluhan lagi dicederakan semata-mata kerana dasar Bantuan Kemanusiaan bagi menghantar ubatan, makanan, peralatan binaan untuk penduduk Palestin yang telah azab sekian lama terputus dengan dunia luar, hidup dalam keadaan dhaif disiksa zahir dan bathin setiap hari.......manusiakah mereka ini yang mempunyai hati saperti haiwan ganas tanpa ada pertimbangan.............sesuatu mesti dilakukan tidak memadai kita hanya berdoa dan berharap sahaja......

Tindakan paling pantas yang boleh memberi tamparan hebat kepada Zionis Israil ialah dengan JIHAD EKONOMI....umat Islam didunia merupakan pengguna terbesar produk Yahudi ......sudah sampai masanya kita semua menolak secara total dan selama-lamanya produk mereka........sudah pasti ekonomi mereka akan jatuh malahan akan runtuh!!!!!

Rasulallah SAW berjuang sehingga kesaat akhir hayat baginda menegakan Agama Islam, kita hanya perlu berjuang menegakkan ekonomi Islam dengan produk-produk halal & thoyyibah.........HPA....Harapan Paling Akhir.....

PRODUK-PRODUK YAHUDI YANG PERLU KITA JAUHI........tidak rasa bersalahkah kita bila Allah SWT akan bertanya akan tanggongjawab kita sesama Islam....kita perlu melindungi sesama Islam dan bukan membiarkan sesama Islam dihancurkan oleh Yahudi Laknatallah ...................................



TUKARLAH PRODUK-PRODUK YAHUDI/USA YANG SELAMA INI KITA GUNA/MAKAN KEPADA PRODUK HPA....................

Tuesday, May 25, 2010

SEMAMBU/NEEM.....AYURVEDA

Salam Semua

Dipejabat tadi seorang kawan terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana bayinya terkena penyakit "measle..campak"....Kak Sue sempat mencadangkan kepadanya supaya mencari daun 'semambu' digiling halus dicampurkan dengan bedak sejuk dan sapukan keseluruh badan...insyallah akan cepat sembuh....


Pokok semambu atau neem sangat sinonim dengan kaum India dimana hampir setiap rumah orang India akan ditanam dengan pokok semambu ini.....diIndia daun semambu digunakan dalam hampir semua produk herba mereka yang lebih dikenali sebagai PERUBATAN AYURVEDA..........rawatan perubatan Ayurveda sangat popular keserata dunia........

AYURVEDA

PADANG ARAFAH YANG KINI SEMAKIN MENGHIJAU DENGAN PEPOHON NEEM



Kak Sue masih ingat lagi semasa mengerjakan Umrah pada tahun 2005 samada diMadinah atau diMekah terdapat pohon-pohon rimbun yang tumbuh menghijau tersangat subur diTanah Haram ini......walhal sebelum ini bumi berpasir ini kering kontang berdebu tetapi kini dengan kaedah moden boleh tumbuh pula pokok-pokok menghijau disini.....timbul beberapa persoalan bermain-main diminda Kak Sue....bagaimana selain dari pokok tamar hanya pokok semambu sahaja yang boleh 'survived' ditanah suci Mekah dan Madinah.....rupa-rupanya pokok ini adalah salah satu pokok herba yang mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi ditambah lagi dengan adanya AIR ZAM ZAM yang mempunyai PH tertinggi didunia iaitu 14.........Maha bijaknya Allah SWT yang mengatur bumi ini....dijadikannya bumi Mekah & Madinah tempat suci berkumpulnya jutaan manusia setiap masa mengerjakan ibadah dan dijadikanya pula minuman yang sangat hebat....air zam zam dan dijadikannya pula pokok yang sangat berkhasiat iaitu kurma dan herba yang sangat tinggi nilai perubatannya iaitu pokok semambu......MASYALLAH....



Bagi anda yang mengalami penyakit kulit amalkanlah dengan memupuk daun semambu dibahagian yang dijangkiti saperti jerawat, meruam, bisul, kurap, kayap dan sebagainya........juga gusi yang bengkak/sakit gigi pupuklah dengan daun semambu........


Daun Semambu (neem) adalah bahan asas dalam ubat gigi HPA.....






RESEPI SAMBAL SARDIN

SALAM SEMUA,

Selama ini post Kak Sue hanya berkisar kepada rahsia-rahsia herba dan tumbuhan serta ubat-ubatan tradisional.....tapi hari ini Kak Sue nak share cara memasak sardin yang enak menggunakan SARDIN HPA.... kita rata-ratanya semua tahu cara memasak sambal sardin......mungkin bagi anak-anak gadis inilah resipi pertama yang diajar oleh ibu....SAMBAL SARDIN....istimewanya sardin HPA ialah ikan sardin yang digunakan telah dibuang perut ,dicuci dan dimasak menggunakan sos HPA juga.....yang pastinya HALAL &THOYYIBAH...mula-mula ambil beberapa biji ubi kentang dibuang kulit dan dibelah empat dan digoring hingga empok..ketepikan..kemudian tumiskan bawang besar & beberapa ulas bawang putih biarkan sehingga layu dan wangi baunya....kemudian masukan cili kisar....sukatan ikut cita rasa anda.....selepas cili agak garing dan cukup masak barulah dimasukan SARDIN HPA....perlahankan api biarkan mendidih...kemudian masukan semula ubi kentang tadi serta beberapa hirisan buah tomato.....sambal ini tidak perlu ditambah asam jawa kerana rasanya telah cukup asamnya....cuma tambahlah sedikit garam......yummi masakan tanpa msg ( monosodium glutemate).....cubalah hari ini pasti anak-anak & anda sendiri merasai kelainannya.......
Selepas makan & mencuci tangan cuba anda cium bau ditangan anda....yang pasti tidak ada bau yang kuat dari sardin tadi kerana jika kita makan sardin yang biasa terdapat dipasaran baunya agak melekat dijari-jari anda........kerana apa???? sardin yang diluar sana dimasak dengan isi perutnya sekali jadi dari segi hukum syarak sudah pastilah bernajis....nauzubillah......
Sambal Sardin sangat enak dimakan dengan nasi putih atau dengan roti terutama sekali jika membawa keluarga bersantai berkelah ditepian tasik.....aduhai indahnya!!!!!!



SARDIN HPA TIDAK DITAMBAH DENGAN MSG..........dapatkan hari ini juga anda pasti merasa kelainannya.....

Friday, May 21, 2010

MINYAK BUT-BUT

Salam semua,
Kalau sebut HPA orang selalu terbayangkan minyak but-but.....sampaikan kat Komiti HPA Shah Alam nama but-but ini telah diabadikan dengan seseorang yang sangat aktif menghidupkan Komiti Shah Alam iaitu WAK BUT BUT.....Minyak But-But ini sebenarnya telah diadunkan dengan bahan utamanya iaitu sarang burung but-but...ada juga yang tersalah tafsir yang menganggap HPA telah memasak minyak dengan burung but-but itu sendiri....sebenarnya tidak..hanya sarangnya yang mengandongi enzim dari burung ini yang sangat baik...secara semula jadi burung but-but sangat penyayang kepada anak-anaknya dimana bila didapati anak2nya jatuh dan terseliuh/patah kakinya...ibu burung ini akan mencari herba-herba yang baik untuk menyembohkan sakit anak-anaknya...alhamdulillah anak2 burung ini akan pulih saperti sediakala......dari situlah bermulanya manusia menggunakan sarangnya untuk dijadikan ubat yang sangat mujarab untuk memulihkan kaki yang patah!!!............selain dari sarang burung but-but disenergikan juga dengan lebih 100 jenis herba dan juga gamat untuk kegunaan kita semua....dahsyatnya minyak ini....sudah pastilah sangat berkesan untuk kes patah tulang.......selain dari itu ianya sangat mujarab bagi merawat luka, gatal2 gigitan serangga saperti nyamuk, meruam, merawat luka2 kecil dibawah tapak kaki (pecah2) dan tidak kurang juga baik sebagai penawar racun sekiranya anda terminum racun....minumlah sebanyak mungkin minyak but-but insyallah akan hilang bisa racun tersebut.......
Minyak But-But                                          Burung But-But

Friday, May 14, 2010

SPIRULINA & WANITA EMAS........

SALAM SEMUA,
Hari ni Kak Sue nak kongsi pengalaman Kak Sue pada tahun 1996.......Sepanjang tahun 1996 Kak Sue bila datang bulan telah mengalami sakit yang amat sangat saperti senggugut walhal semasa gadis sehinggalah mempunyai anak 3 orang tak pernah pun merasai sakit semasa datang bulan...herankan...Kak Sue sama sahaja saperti ramai wanita lain sangat dangkal tentang kesihatan diri.......nak dijadikan cerita satu hari Kak Sue telah mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga hampir pengsan dan terpaksa dipanggil doktor datang kepejabat, Kak Sue masih ingat lagi iaitu Dr.Malek yang bertugas diKlinik Pusat Rawatan Islam....dia naik kepejabat dan terpaksa memberi 'injection pain killer'.....lepas tu Kak Sue dirujuk keHospital Universiti diPetaling Jaya .....untuk dibuat pemeriksaan lanjut dan didapati rupa-rupanya ada 'chocolate cyst - darah beku melekat diovary sebesar 11cm....terus buat pembedahan secara 'emergency' takutkan cyst itu pecah kerana telah hampir melekat ditulang 'abdomen'.....pembedahan mengambil masa selama 4 jam....masyallah............

Selepas pembedahan itulah baru Kak Sue meneliti buku-buku & penulisan mengenai herba dan juga rawatan alternatif kerana Kak Sue dah tak tahan lagi menanggung kesakitan dan tak mahu lagi melalui pembedahan demi pembedahan.....selepas pembedahan Kak Sue menjalani HRT (Hormon Replacement Therapy) iaitu dengan mengambil pil hormon 1 biji setiap hari untuk seumur hidup!!!!......tetapi setelah melalui therapy selama setahun doktor yang merawat Kak Sue mendapati keadaan fizikal Kak Sue semakin pulih dan semboh saperti sediakala dan dia juga merasa hairan bagaimana wanita yang telah mengambil HRT boleh semboh saperti sediakala dan dia bertanyakan kepada Kak Sue apa makanan yang Kak Sue amalkan????.....maka Kak Sue perjelaskan kepada doktor bahawa Kak Sue banyak mengambil HERBA yang terdiri dari pegaga, jus mengkudu, spirulina, lingzhi, berbagai-bagai jenis ulaman setiap hari.....maka dia telah menasihatkan Kak Sue supaya memberhentikan pengambilan hormon HRT bagi mengelakan 'breast cancer'!! kerana dalam jangkamasa panjang bagi wanita-wanita yang mengambil hormon HRT biasanya akan mendapat sakit 'breast cancer'......aduhai......maka mulai saat itu sehinggalah hari ini telah hampir 14 tahun Kak Sue tidak lagi mengambil hormon HRT dan terus mengamalkan herba tambahan pula Kak Sue telah menjadi ahli HPA dan banyak ilmu mengenai herba telah Kak Sue timba dari HPA maka Kak Sue rasa begitu yakin kepada kurniaan Allah SWT yang menjadikan tumbuhan, haiwan dan sekelian isi alam ini untuk kita menfaatkan....insyallah yakinlah dan istiqamahlah kepadaNYA!!!!!!................

Daun Selom & Bendeh Cekur







Pegaga serta ulam-ulaman sangat baik untuk kesihatan...pegaga mengandongi 51 bahan aktif antaranya asiaticoside,thankuniside,flavanoid,linolenic oleic dan seterusnya....wah hebatnya Allah SWT menciptakan tumbuhan ini sehinggakan manusia tak boleh nak mengingati kesemua bahan-bahannya....masyallah





Spirulina mengandongi protin yang sangat tinggi dimana dari kajian didapati kandongan protinnya 20 kali ganda dari kacang soya dan 15 kali ganda dari protin daging lembu juga mengandongi GLA (gamma linolenic acid) 3 kali ganda dari yang biasa didapati dari 'primrose oil'









KERABU PENGAGA









Thursday, May 13, 2010

BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH.....

Salam Semua,

Teringat Kak Sue seketika dulu pada tahun 2008 dimana Kak Sue telah ditimpa kemalangan kecil semasa berjalan kaki menaiki tangga2 menuju kestesen komuter diBank Negara...tiap hari pergi & balik mendaki & menuruni anak2 tangga yang besar2 disitu...satu hari kaki sebelah kiri terpelecok hanya kerana sebutir batu kecil....ingatkan tidak apa2 rupanya dalam beberapa hari telah menjadi bengkak dan sangat sakit sehingga sukar untuk berjalan....masa tu belum menjadi Ahli HPA lagi.....pergi keklinik doktor beri pain killer untuk tahan sakit dan selepas itu dirujuk keKlinik Kesihatan Rasah,Seremban untuk buat x-ray kemungkinan ada tulang yang patah/retak tetapi dari x ray tidak ada yang retak/patah.....diberi painkiller lagi tetapi bengkak tersebut masih juga tidak susut sehingga beberapa bulan bayangkanlah banyaknya DADAH telah berada didalam darah Kak Sue...kerana tidak tahan lagi sakit satu hari Kak Sue berjumpa dengan seorang Doktor India...katanya walau pun kaki Kak Sue bengkak tetapi suhunya tidak panas maksudnya bengkak tersebut bukan disebabkan tulang kaki retak/patah tetapi besar kemungkinan kerana adanya otot2 yang terkoyak semasa kejadian katanya.....dan Kak Sue dirujuk keHospital Putrajaya untuk dibuat ujian memasukan camera dengan menebuk sedikit tisu kaki untuk mengetahui sejauh mana kecederaan tersebut.....dalam masa menunggu hari untuk dijalankan ujian tersebut Kak Sue baru terfikir bahawa kalau benarlah berlaku luka/terkoyak otot maka mungkin boleh guna 'anti biotik' alami iaitu BAWANG PUTIH dan AIR GAMAT yang telah terbukti dapat membantu menyembohkan luka!.................. maka Kak Sue mengambil 1 labu bawang putih setiap hari dengan dibakar bersama-sama dengan kulitnya...dimakan bawang putih tersebut saperti kacang dan minum air gamat 1/2 botol setiap hari.......ALHAMDULILLAH MAHA BESARNYA ALLAH SWT......hanya 1 minggu amalan tersebut dibuat rasa sakit yang amat sangat itu hilang sehinggalah hari ini tak pernah lagi rasa sakit.......dan appoitment dengan Hospital Putrajaya terus dibatalkan kerana tak perlu lagi nak tebuk nak tengok lukanya.......selama 8 bulan menderitai kesakitan apabila melangkah hanya dalam tempoh seminggu mengamalkan herba kesakitan itu hilang.....alhamdulillah......

                                


Gamat adalah salah satu bahan aktif dalam Minyak But But







Bawang Putih juga diberi kepada Ayam Organik HPA sebagai anti biotik alami.....

Monday, May 10, 2010

PBC Shah Alam

Salam semua:
Alhamdulillah pada 8-9hb Mei 2010 telah berlangsong PBC ( Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang) diKompleks MAIS, Shah Alam.....Kak Sue sempat menghayati ceramah dari seorang PJ Pn Norain....ceritanya begini....Orang2 Yahudi memang terkenal dengan kebijaksanaan mereka sebab itu mereka telah dapat menguasai ekonomi dunia...lihat sahaja produk2 makanan yang begitu tersebar keserata dunia yang dimakan oleh sekelian umat manusia termasuklah oleh orang2 Islam...kenapa mereka bijak? jawapannya ialah bayi2 mereka dari dalam rahim lagi telah diberi makanan MINDA iaitu badam, kismis ,kurma dan buah yang sangat hebat khasiatnya iaitu ZAITUN...sehinggakan didalam hidangan mereka tidak akan tertinggal dengan zaiton..buahnya/minyaknya..."tumbuhan ini tidak terdapat dibarat & tidak terdapat ditimur tetapi ia menerangi keseluruh dunia"....



Usahawan herba sedang tekun mempelajari selok belok HERBA HPA didalam kelas PBC






Semasa anak beliau sedang mengandong,  PJ Norain telah menggalakan anaknya memakan makanan tersebut iaitu badam,kismis,kurma & buah zaiton.......alhamdulillah beliau telah berjaya mendapat seorang cucu yang memang IQnya sangat tinggi dimana tahun lepas cucunya telah berjaya menjadi pelajar terbaik diseluruh sekolah diNegeri Sembilan.....masyallah....

Anda semua berilah anak-anak & diri anda sendiri makan EQ MINDA yang telah tersedia khasiat kesemua makanan tadi...insyallah......