Tuesday, August 24, 2010

PBC ALLSON KLANA, NILAI

Salam,
Pada 21 & 22 Ogos lepas telah berlangsong PBC anjuran HPA Cawangan Nilai bertempat diAllson Klana, Nilai, Negeri Sembilan. Suasana sangat meriah kerana peserta yang hadir lebih dari 63 orang dimana 60 orang darinya adalah terdiri dari Mahasiswa-Mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang mengikuti Bidang Perniagaan/Keusahawanan dimana mereka akan menjadikan perniagaan HPA sebagai pengkhususan dalam menggarap ijazah mereka nanti dan insyallah mereka akan meneruskan bidang perniagaan ini apabila mereka tamat pengajian......insyallah.

Satu idea yang sangat baik yang dilakukan oleh UniKL dimana mahasiswa jurusan perniagaan/keusahawanan telah didedahkan dengan pembelajaran mengenai perniagaan secara 'hands on' tambahan pula mereka telah didedahkan dari peringkat awal lagi tentang pemakanan dan produk-produk HALAL & THOYYIBAH.....TAHNIAH KEPADA Pengurusan UniKL yang telah melihat betapa pentingnya generasi muda melalui kehidupan yang bersih dan tidak terjebak dengan jenis-jenis perniagaan yang berunsor syubhah kerana rezki yang akan kita gapai dialam ini biarlah rezki yang mendapat keredzaan dari ALLAH SWT.........

No comments:

Post a Comment