Wednesday, August 11, 2010

PIC Perkongsian Ilmu Cemerlang

Salam Sejahtera Semua,

Pada 7 & 8 Ogos telah berlangsong PIC iaitu Perkongsian Ilmu Cemerlang KHAS diDewan Umar Mukhtar, Sg.Petani, Kedah. Peserta yang hadir seramai lebih 200 orang telah memenuhi setiap ruang dewan sehinggakan ada yang membentang tikar untuk sama-sama mendengar ilmu yang disampaikan oleh Y.Bhg.Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad, Pengarah Urusan HPA. PU telah memberikan kuliah ilmu perubatan herba secara solo selama 2 hari....hebat sungguh beliau boleh memberikan kuliah selama 2 hari tanpa rasa jemu dan letih......sentiasa ceria menyumbangkan baktinya memberikan ilmu kepada sekelian peserta......PU telah bermurah hati memberikan secara percuma 3 buah buku koleksi perubatan jawi yang ditulisnya sendiri....alhamdulillah panjang
umur kita jumpa lagi Tn Hj berilah lagi!!!!

Sepanjang 2 hari peserta-peserta telah didedahkan dengan pengenalan rupa herba yang digunakan dalam PERUBATAN JAWI, kandongan bahan aktif yang ada dalam herba yang digunakan oleh HPA.Antara perkara yang diperkatakan oleh PU yang sangat menarik perhatian adalah hasil lawatan diIrian Jaya.....Ahli-ahli HPA disana mohon kepada Tn.Hj supaya singkatan HPA itu janganlah 'HARAPAN PALING AKHIR' ....mereka mohon supaya ditukar kepada "HARAPAN PALING AWAL".....kerana mereka baru saja mengenali HPA berilah mereka peluang berkembang bersama HPA masih terlalu awal untuk dikatakan harapan paling akhir........


Sambil mendengar kuliah sempat juga kami bergambar merakamkan saat yang begitu bermakna



Peserta dari luar daerah telah diberikan penginapan diHOMESTAY HPA iaitu diLegenda iaitu satu kawasan penempatan baru yang sedang berkembang pesat diSungai Petani, Kedah DarulAman.




Selepas menghadiri kuliah kami sempat keRFC, Radix Bakery, Radix Pizza House.....kami semua dapat menjamu selera dan melepaskan dendam yang telah terpendam sekian lama kerana dah lama tak masuk restoren ayam goring dan juga pizza diKuala Lumpur.........
Makan pizza direstoren RADIX PIZZA HOUSE

Sempat bergambar diRADIX BAKERY HOUSE


No comments:

Post a Comment