Thursday, December 19, 2013

DISEMBER penghujung tahun yang ditunggu-tunggu????

AssalamualaikumWBT dan Salam Sejahtera,

Tahun 2013 telah hampir menutup tirainya dan lembaran baru tahun 2014 akan menjelang hanya 12 hari sahaja lagi.......dan hanya 6 tahun sahaja lagi menuju ke2020 tahun yang dicitacitakan menjadikan Malaysia Negara Maju...insha ALLAH...

Tirai 2014 akan disambut dengan berbagai-bagai kenaikan hu hu hu sendu hati dan hibanya jiwa mengingatkan fakir miskin yang semakin miskin ......kita mungkin menukar menu bersesuaian dengan poket tetapi mereka mungkin memikirkan sesuap nasi untuk diberikan kepada anak isteri tanpa mengirakan berlauk atau pun tidak......sadis......begitulah nasib menimpa rakyat marhaen tanpa rasa belas....

Eletrik, air, petrol, gula, tepung, dan berbagai lagi barang bagi kegunaan harian sudah pun naik......2014.sudah pasti melambong lagi....beberapa hari lepas aku membeli nasi bungkus nasi dicampur seekor ikan kembung dan sayur pucuk paku goreng disebuah restoren diShah Alam...dalam hati rasanya paling mahal mungkin RM4 rupanya harganya RM6.....kus semangat hanya seekor ikan kembong?????????? tahun 2014 dengan kenaikan itu kenaikan ini......segala-galanya NAIK mungkin harga nasi bungkus yang serupa menjadi RM10.00 ......betapa kecilnya nilai ringgit Malaysia .......kalau nak makan nasi baryani agaknya dari gerai pun harganya mungkin mencecah RM20 sepinggan ???? atau lebih lagi ?????

Tol juga telah diistiharkan akan naik lagi pada 2014 sehingga 40-50% kenaikan......setiap tahun rakyat telah dimaklumkan akan keuntongan berbillion diperolehi oleh pemegang konsesi......mengikut akal yang logik dan bertimbang rasa sepatutnya kadar tol telah boleh diturunkan atau pun dihapuskan tetapi apa yang berlaku ialah sebaliknya lagi naik...naik....naik.....ya Allah aku berpijak dinegara yang dikatakan negara Islam....semakin kejam...semakin berduri dirasakan tanah yang dipijak.....Ya Allah apakah ujian yang KAU turunkan ini.....semakin sengsara rakyat miskin......
MUNGKIN PEMANDANGAN INI AKAN MENJADI FENOMINA BIASA DITANAH AIRKU TERCINTA
KEMISKINAN MENJADI LUMRAH????

SIKAYA VERSUS SIMISKIN