Friday, May 14, 2010

SPIRULINA & WANITA EMAS........

SALAM SEMUA,
Hari ni Kak Sue nak kongsi pengalaman Kak Sue pada tahun 1996.......Sepanjang tahun 1996 Kak Sue bila datang bulan telah mengalami sakit yang amat sangat saperti senggugut walhal semasa gadis sehinggalah mempunyai anak 3 orang tak pernah pun merasai sakit semasa datang bulan...herankan...Kak Sue sama sahaja saperti ramai wanita lain sangat dangkal tentang kesihatan diri.......nak dijadikan cerita satu hari Kak Sue telah mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga hampir pengsan dan terpaksa dipanggil doktor datang kepejabat, Kak Sue masih ingat lagi iaitu Dr.Malek yang bertugas diKlinik Pusat Rawatan Islam....dia naik kepejabat dan terpaksa memberi 'injection pain killer'.....lepas tu Kak Sue dirujuk keHospital Universiti diPetaling Jaya .....untuk dibuat pemeriksaan lanjut dan didapati rupa-rupanya ada 'chocolate cyst - darah beku melekat diovary sebesar 11cm....terus buat pembedahan secara 'emergency' takutkan cyst itu pecah kerana telah hampir melekat ditulang 'abdomen'.....pembedahan mengambil masa selama 4 jam....masyallah............

Selepas pembedahan itulah baru Kak Sue meneliti buku-buku & penulisan mengenai herba dan juga rawatan alternatif kerana Kak Sue dah tak tahan lagi menanggung kesakitan dan tak mahu lagi melalui pembedahan demi pembedahan.....selepas pembedahan Kak Sue menjalani HRT (Hormon Replacement Therapy) iaitu dengan mengambil pil hormon 1 biji setiap hari untuk seumur hidup!!!!......tetapi setelah melalui therapy selama setahun doktor yang merawat Kak Sue mendapati keadaan fizikal Kak Sue semakin pulih dan semboh saperti sediakala dan dia juga merasa hairan bagaimana wanita yang telah mengambil HRT boleh semboh saperti sediakala dan dia bertanyakan kepada Kak Sue apa makanan yang Kak Sue amalkan????.....maka Kak Sue perjelaskan kepada doktor bahawa Kak Sue banyak mengambil HERBA yang terdiri dari pegaga, jus mengkudu, spirulina, lingzhi, berbagai-bagai jenis ulaman setiap hari.....maka dia telah menasihatkan Kak Sue supaya memberhentikan pengambilan hormon HRT bagi mengelakan 'breast cancer'!! kerana dalam jangkamasa panjang bagi wanita-wanita yang mengambil hormon HRT biasanya akan mendapat sakit 'breast cancer'......aduhai......maka mulai saat itu sehinggalah hari ini telah hampir 14 tahun Kak Sue tidak lagi mengambil hormon HRT dan terus mengamalkan herba tambahan pula Kak Sue telah menjadi ahli HPA dan banyak ilmu mengenai herba telah Kak Sue timba dari HPA maka Kak Sue rasa begitu yakin kepada kurniaan Allah SWT yang menjadikan tumbuhan, haiwan dan sekelian isi alam ini untuk kita menfaatkan....insyallah yakinlah dan istiqamahlah kepadaNYA!!!!!!................

Daun Selom & Bendeh Cekur







Pegaga serta ulam-ulaman sangat baik untuk kesihatan...pegaga mengandongi 51 bahan aktif antaranya asiaticoside,thankuniside,flavanoid,linolenic oleic dan seterusnya....wah hebatnya Allah SWT menciptakan tumbuhan ini sehinggakan manusia tak boleh nak mengingati kesemua bahan-bahannya....masyallah





Spirulina mengandongi protin yang sangat tinggi dimana dari kajian didapati kandongan protinnya 20 kali ganda dari kacang soya dan 15 kali ganda dari protin daging lembu juga mengandongi GLA (gamma linolenic acid) 3 kali ganda dari yang biasa didapati dari 'primrose oil'









KERABU PENGAGA









No comments:

Post a Comment