Wednesday, May 5, 2010

PRODUK BARU - MINUMAN HIRTA

Salam Semua,

Berita baik untuk kita semua HPA telah mengeluarkan satu lagi produk baru iaitu "Minuman Hirta" iaitu sejenis minuman berbentuk saperti teh dengan menggunakan herba "ARA TANAH" yang dikeringkan. Minuman ini sangat baik bagi melegakan batuk, gangguan dibahagian tekak, penyakit bronkitis, resdung dan juga masalah dibahagian ENT.....secara lengkap anda klik diwebsite http://www.hpa.com.my/ diruangan produk.


Secara ringkasnya Kak Sue ingin kongsi mengenai herba "Ara Tanah"  ini.......syukur Alhamdulillah selepas join HPA barulah Kak Sue tahu bahawa "rumput/pokok renek" yang sering Kak Sue "marah2???" kerana terpaksa mencabutnya saban minggu yang tumbuh subur sesubur pokok bunga Kak Sue tambah2 lagi selepas ditabur baja....dari jauh kelihatan saperti pokok2 bunga sedang hidup subur bila dekat rupanya "rumput/pokok renek" ini yang tumbuh tersangat subur....masyallah tanpa membuang masa terus Kak Sue cabut dengan perasaan geram kerana bukan pokok bunga yang tumbuh gemuk rupanya dia!!!......tetapi hari ini Kak Sue tidak lagi mencabutnya sebegitu rupa kerana Kak Sue dah tau rupa-rupanya itulah "ARA TANAH" sejenis herba kecil yang tumbuh melata dipasu2 bunga dan juga dihalaman rumah kita yang dijadikan oleh Allah SWT untuk menolong dan membantu kita menjadi sihat.....masyallah indahnya dunia Allah SWT jadikan begitu sempurna sehingga menitis air mata kerana kita tidak menghargainya selama ini......SUBHANALLAH......    

  HERBA ARA TANAH

No comments:

Post a Comment