Saturday, April 14, 2012

HARI-HARI YANG SANTAI BAGAIKAN TAMAN YANG DISIRAMI BUNGA YANG MEKAR MEWANGI.......

Assalamualaikum WBT,
Lama saya tidak menulis diblog, aduhai bukan tidak ada perkara yang ingin disampaikan tetapi masa bagaikan buaian bayu yang melekakan.......tiap hari dirasakan penuh santai rasanya tidak perlu dipantaskan.....tidak perlu dikejar masa.......aah kenapa nak tergesa-gesa esok kan masih ada......kita selalu terlalai bila kita berada dalam keadaan selesa dan kita selalu terlupa bahawa masa tidak menunggu kita....masa akan berlalu begitu sahaja...............kenyataannya kita berada dalam kerugian kerana membiarkan masa berlalu tanpa dimanfaatkan.........Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara: SIHAT sebelum SAKIT, MUDA sebelum TUA, KAYA sebelum MISKIN,LAPANG sebelum SEMPIT dan HIDUP SEBELUM MATI................

Mujurlah sebelum bersara saya telah mempelajari ILMU BEKAM maka dapatlah saya membantu rakan-rakan, teman, jiran & saudaramara yang memerlukan rawatan bekam bagi menjaga kesihatan diri atau merawat penyakit yang sedang dihidapi.....alhamdulillah telah ramai rakan-rakan /saudara mara/ jiran yang telah dapat dibantu......masa yang berlalu tidak sia-sia jika kita tahu menghargainya......

Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan BEKAM hubungilah kami untuk temujanji, Kak Patimah 012-9162340, Norliza 013-2120047 dan bagi lelaki hubungilah Ustaz Azis 013-3671231.  Kami menyediakan rawatan bekam, akupuntur, urutan kaki menggunakan mesin juga sauna.......bayaran sangat berpatutan........
Bekam Awet Muda.......wau....




Bekam bagi wanita yang mengalami masaalah 'calpal tunnel'...

Monday, March 19, 2012

KURSUS SEHARI BEKAM ASAS TEORI DAN PRAKTIKAL

Assalamualaikum WBT,
Kursus Bekam Asas secara teori dan praktikal anjuran Kelab Pemimpin Selatan (KPS Nilai) telah selamat diadakan diCawangan HPA Nilai pada hari Ahad 18hb Mac 2012. Seramai 16 orang peserta telah hadir dari jauh dan dekat, dari Kuala Pilah, Kuala Lumpur serta Melaka. Disamping kursus bekam peserta juga didedahkan dengan Rawatan Rendaman Kaki menggunakan herba rendaman kaki HPA.....rendaman kaki amat jarang kita lakukan. Lakukanlah sekurang-kurangnya seminggu sekali insyallah akan membantu mencantikan tumit kaki, menghilangkan stress malah dapat membantu menurunkan kadar tekanan darah bagi pesakit darah tinggi.....hebatkan.....begitulah rawatan menggunakan alamiah adalah rawatan yang paling serasi dengan tubuh manusia.....

AJK KPS NILAI bergambar ramai bersama para peserta selepas tamat kursus
Para peserta tekun mendengar ceramah
Peserta wanita adalah lebih ramai
Peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai peralatan yang diperlukan dalam aktiviti bekam

Rendaman kaki amat baik bagi menghilangkan stress selepas penat bekerja disamping menghalus dan membersihkan kaki

Peserta yang masih muda dari Melaka Saiful Amirin menerima sijil

Wednesday, February 1, 2012

BEKAM....DARI BERITA YANG MENGGEMPARKAN KINI MENJADI SEBUTAN DARI BIBIR KEBIBIR......ALHAMDULILLAH...

ASSALAMUALAIKUM WBT,
Ku panjatkan sepenuh kesyukuran kepadaMU ya ALLAH, MAHA BESAR, MAHA MENGETAHUI, MAHA SEGALANYA........dari kesedihan dan kedukaan aku dan rakan-rakan pembekam hasil dari dakwaan segelintir doktor yang meragui rawatan ini.......maka dari saat itu perkataan bekam sudah menjadi sebutan dan perhatian seluruh Malaysia dan mungkin juga seantero dunia kerana hebahan internet adalah sekelip mata.........dan banyak program2 diTV diadakan khusus bagi menerangkan fenomena BEKAM.......BAGAIMANA MELAKUKAN BEKAM YANG SEBENARNYA......nampaknya sudah semakin popular dan semakin kurang keraguan masyarakat kepada bekam dan ramai dari rakan dan teman yang telah membuat temujanji untuk melakukan bekam.......terima kasih sekali lagi kepada para doktor yang membuat research ini yang telah memberi liputan dan perhatian masyarakat kepada perawatan bekam.......

"TIAP SESUATU YANG BERLAKU ITU ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.......ALHAMDULILLAH.......".


YA ALLAH KAU TURUNKANLAH REZKI KEPADA KAMI SEBANYAK-BANYAKNYA AMIN.........

Wednesday, January 25, 2012

BEKAM.....MENJADI BERITA GEMPAR 1 MALAYSIA..........

ASSALAMUALAIKUM WBT,
Baru-baru ini ramai dikalangan kita dikejutkan dengan satu berita "DAKWAAN" seorang doktor perubatan dari USM dengan 5 orang doktor penyelidik bahawa mereka sedang mengkaji kesan dari aktiviti bekam yang kini seolah-olah melanda keseluruh negara, ia menjadi fenomena yang begitu menakutkan kepada setengah-tengah pihak terutama para doktor perubatan. Mereka takut bahawa jarum/pisau yang digunakan dalam pembekaman digunakan berkali-kali akan menyebabkan penyebaran HIV/AIDS..........terima kasih doktor kerana mengingatkan perkara ini walau pun ianya menjejaskan banyak aktiviti perniagaan perkhidmatan bekam sekurang-kurangnya pembekam dimasa akan datang akan lebih berhati-hati dan menitikberatkan hal-hal kebersihan peralatan dan persekitaran aktiviti bekam........laksanakan bekam secara 'proper' agar tidak timbul fitnah kepada BEKAM......kerana BEKAM SUNNAH ADALAH DIGALAKAN OLEH RASULLAH SAW , BAGINDA BERBEKAM PADA SETIAP BULAN DENGAN MEMILIH TARIKH 17HB/19HB/21HB BULAN ISLAM....................

Untuk makluman para doktor kami adalah pembekam yang dididik oleh HERBALIS (DOKTOR HERBA) bahawa pembekam menggunakan jarum/pisau yang telah distrelise dan hanya digunakan SEKALI SAHAJA BAGI SETIAP PESAKIT dan jarum ini terus dibuang/dibakar dan peralatan seperti 'cup dan lain-lain' juga dibersih dan disterilise dengan cecair yang tertentu agar segala kuman tidak membiak. Secara umumnya jarum/pisau yang digunakan bukan bertujuan menyuntik ubat/bahan kedalam badan pesakit sapertimana yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah, ia hanyalah sejenis tusukan/torehan halus untuk memudahkan darah yang kotor dibawah kulit dikeluarkan sama juga saperti tugas doktor yang menggunakan jarum lancet ditusuk/ditoreh kejari pesakit kencing manis untuk mengeluarkan darah bagi ujian kadar gula dalam darah. Tusukan jarum lancet yang dilakukan oleh doktor-doktor belum pernah kita dengar lagi boleh menyebabkan penyebaran hiv/aids dikalangan pesakit. Pesakit-pesakit kencing manis ada kemungkinan ramai terdiri dari pesakit aids/hiv tanpa disedari.........

Bagi pembekam-pembekam BERSABARLAH....ini ujian ALLAH SWT sesuatu yang baik dari Allah dan Rasulnya selalu menjadi igauan dan kebencian sesetengah pihak.......pernah disuatu masa dipertikaikan mengapa Rasulallah SAW menyimpan janggutnya!!!!! didalam alquran banyak surah-surah yang boleh dirujuk menceritakan banyak kebaikan saperti makanan sunnah saperti makanlah 'madu lebah', minumlah 'minyak zaitun', minumlah 'habbatussawda' ini pun dipertikaikan oleh setengah-setengah pihak....nak buat macam MANA sesuatu yang baik itu ada dugaan & halangannya ini semua ujian dari MAHA ESA YANG MENGUJI KEIMANAN KITA SEMUA......BERSABARLAH INSYALLAH KITA AKAN MEMPEROLEH KEBAHAGIAN DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.........

Wednesday, January 11, 2012

SULUH, SIHAT & SUKSES.........

Assalamualaikum WBT,
Sekali lagi Kelab Pemimpin Selatan Cawangan Nilai (KPSNilai) akan mengadakan Program SULUH, SIHAT & SUKSES iaitu program rawatan BEKAM, AKUPUNTUR, REFLEXOLOGI, KIROPRAKTIK & RENDAMAN KAKI saperti dijadual berikut:

        Tarikh   :    22hb Januari 2012 (Ahad)
        Masa    :     Mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam
        Tempat :     Dewan HPA, PT 4951, Taman Semarak
                          71800 Nilai, Negeri Sembilan
        Telefon :     06-7994715

Bayaran yang dikenakan sangatlah berpatutan. Anda semua dijemput hadir.........
Reflexologi
Marilah bersama kita mengangkat & memertabatkan ilmu perubatan alamiah mengikut sunnah Rasulallah SAW.............
Akupuntur
Rendaman Kaki
Bekam




Friday, December 30, 2011

AZAM LAGI DITAHUN BARU MASEHI 2012............

Assalamualaikum WBT,

Hanya sehari lagi kita akan berada ditahun baru Masehi 2012.........kalau ada filem yang melarang memandang kebelakang...."JANGAN PANDANG BELAKANG......" tetapi bila sampai kepengakhir tahun kita harus muhasabah diri kita pandang semula kebelakang.......sudahkah kita sebagai KHALIFAH dimuka bumi Allah SWT ini telah melakukan perkara-perkara yang terbaik selaras dengan hukum dan ajaran Islam Agama Allah SWT yang suci.......ramai yang masih jauh menyimpang, masih ramai lagi yang alpha, dan masih ramai lagi orang-orang Islam terus-terusan menghadham makanan yang haram samada sedar atau tidak sedar...............beralihlah berubahlah dan berhijrahlah sementara kita masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk berubah.......tinggalkan perkara-perkara mungkar, perkara-perkara lagha....melalaikan......jadilah insan soleh dan solehah yang akan mengisi ruang-ruang disyurga insyallah.........





Saturday, December 24, 2011

ROSELLE....MERAHNYA MENYALA UMPAMA DARAH YANG MERAH....

Assalamualaikum WBT,
Roselle atau nama saintifiknya "HIBISCUS SAFDARIFFA" satu nama yang cantik secantik bunga raya yang merah menyala jadi kebanggaan bunga kebangsaan negaraku........

Hibiscus Safdariffa berasal dari negara bercuaca panas iaitu SUDAN...dari kajian saintifik kandungan nutrien utama dalam roselle ini ialah VITAMIN C .....vit C amat penting bagi membantu tubuh badan manusia dari dijangkiti penyakit...bagi pesakit kanser perlu mengambil sekurang-kurangnya 1,000mg sehari vit C bagi mencegah pembiakan sel kanser.....begitulah pentingnya VITAMIN C..........dari kajian didapati vit c yang terdapat didalam roselle 20 kali ganda dari orange/citrus!!!!! yang anihnya kenapa roselle tidak sepopular orange.

Najitahnya roselle berasal dari Negara Sudan sebuah negara Islam sudah pastilah 'mereka' tidak akan memperakukan roselle untuk vit c........bila sebut vit c kita terbayangkan orange & bila kita sebut orange pula terbayangkan vit c....begitu sinonimnya.........kalaulah vit c itu roselle dan bila sebut roselle teringatkan vit c maka sudah pasti SUDAN MENJADI SALAH SATU NEGARA YANG KAYA DIDUNIA..........

Lihatlah dahannya juga berwarna kemerah-merahan maka bermakna tumbuhan ini sangat berkhasiat untuk menghasilkan darah.........                                                


Lihat warna jusnya merah menyala maka hukum alam menyatakan bahawa roselle itu sangat baik menambahkan darah bagi mereka yang mengalami anemia.....dan bagi mereka yang sering sakit........insyallah.....

Lihat lagi daunnya sejenis daun asam sangat enak dicampurkan dalam masakan kari..........

Rasanya yang masam seakan-akan minuman ribena maka itulah pokok ini juga dipanggil "ASAM PAYA"...........   Jem roselle juga sedap rasanya dan boleh dijadikan hiasan kek menggantikan strawberry yang lazim digunakan orang........