Saturday, July 19, 2014

LAGI MAS MENERIMA KEJUTAN .............................MH17

Assalamualaikum WBT,
Tanggal 17 Julai 2014 selepas 4 bulan kehilangan MH370 yang sehingga kini masih belum nampak apa pun bayangan .......ditaqdirkan sekali lagi kita menghadapi UJIAN ALLAH YANG MAHA ESA.....kemalangan MH17 yang terhempas disempadan Negara Ukraine dan Russia kerana ditembak oleh manusia yang mempunyai hati haiwan......bersepai berserakan sejauh 15km akibat pesawat tersebut terus terbakar semasa terhempas......YA ALLAH KAU MAHA MENGETAHUI AKAN APA YANG TELAH BERLAKU....berilah kami sekelian hambamu ini akan ketabahan kerana kesedihan yang amat sangat......mungkin kesalahan kami maka Allah SWT memberikan pengajaran.......

Paling malang kawasan kemalangan terletak dizon perang warga Ukraine yang memberontak untuk berpisah dari negara mereka.......pasukan penyiasat tidak dibenarkan sama sekali memasuki kawasan begitu juga pasukan penyelamat.....sudah tidak ada erti kemanusiaan walau pun ada manusia yang menerima nasib malang....tentulah malang sekali sesama manusia sudah tidak ada perasaan saperti manusia.........nauzubillah mungkin akibat darah yang mengalir sudah tercemar dengan benda2 najis yang dimakan.......... hati telah menjadi hitam...jiwa telah kering tanpa ada belas kasihan .............. tentu ada lagi barang-barang penumpang dan anak kapal yang masih elok untuk dibawa pulang sebagai kenangan....kawasan tersebut terbuka maka mudahlah barang bukti dibuang/disembunyikan dan personal belonging juga hilang begitu sahaja ..................

Mungkin secara kebetulan angka Boeing 777 MH17 memulakan perjalanan keseluruh dunia pada 17/7/1997 dan ditembak jatuh pada 17/7/2014 selepas 17 tahun dengan setia menerbangkan penumpang keserata negara .......subhanallah angka 7 adalah angka yang menakjubkan 7 petala bumi 7 petala langit...7 kali pusingan tawab.....7 kali berlari2 anak antara Safar dan Marwah.....7 kali mengerjakan Umrah Allah SWT kurniakan hambanya 1 pahala haji in shaa Allah...................mudah2an orang-orang Islam yang menjadi mangsa tragedi ini diberikan Allah kedudukan dikalangan mereka2 yang beriman....aminnn....

No comments:

Post a Comment