Monday, April 8, 2013

GOJI......SEBUAH NAMA YANG ASING....JARANG DIDENGARI TETAPI UJUD RIBUAN TAHUN DAHULU......

Assalamualaikum WBT,
Minggu ni buah ajaib yang ingin dishare satu nama yang jarang disebut iaitu GOJI....atau nama saintifiknya "LYCIUM BARBARUM" dikalangan orang-orang Tionghua nama GOJI tidak asing kerana goji terdapat dalam banyak masakan mereka juga dessert/kueh muih......mereka memasukkan goji sebagai medium penjaga kesihatan mereka.......goji sangat enak dicampurkan dalam minuman " lin chee kang"....

Wanita2 diNingxia, sedang memetik buah2 goji 
GOJI banyak tumbuh dinegara China didaerah Ningxia diutara China yang berhampiran dengan Tibet.....sebab itulah GOJI juga lebih dikenali sebagai "HIMALAYAN GOJI"....

Buah Goji sedang masak ranum

Buah goji berwarna merah dan rasanya manis seakan-akan kismis.....warna merahnya melambangkan ia sangat baik untuk darah kerana khasiatnya yang sangat tinggi......daripada penyelidikan didapati GOJI mengandongi VITAMIN C sebanyak 500 kali ganda dari buah orange kalau ditimbang mengikut sama berat........dan nilai ORAC (OXYGEN RADICAL ABSORBANCE CAPACITY) adalah 25,300......maka goji bermakna sangat baik bagi pesakit kanser melawan sel kanser......insyallah.....

Pokok Goji sangat subur hidup dikawasan cuaca sederhana sejuk

Mungkinkah gadis ini telah berusia lebih 100tahun? wajahnya masih mulus........ 
Dinegara China terutama didaerah NINGXIA ramai penduduk seniornya rata-rata berusia lebih dari 100 tahun dalam keadaan sehat dan cergas....hebatkan Allah SWT mencipta sesuatu yang sangat bermanfaat untuk hambanya....subhanallah...
Dapatkan buah goji kering dari kami hanya RM10.00 bagi 100gm......

Friday, March 22, 2013

RUMPAI LAUT atau PURE MARINE COLLAGEN

Assalamualaikum WBT,
Minggu ni saya nak share tentang sejenis hidupan laut yang sangat menguntongkan bukan sahaja menguntongkan dari segi kewangan malahan keuntongan dari segi kesihatan....kita lihat apakah khasiat rumpai laut dan kebaikannya kepada kesihatan manusia.....
Rumpai laut yang berwarna warni menghiasi taman laut umpama bunga-bungaan  yang menghiasi lautan yang luas begitulah ciptaanNYA amat cantik , berseni dan mengasyikkan.......
  • Rumpai laut merupakan bahan asas untuk pembuatan sabun, kosmetik, syampoo, makanan dan gelatin. Ia juga boleh dijadikan snek, pembalut sushi, bahan asas ubat gigi dan lain-lain. Bahan utama yang diekstrak keluar dari rumpai laut adalah 'carrageenan'. Inilah bahan yang menjadi penstabil makanan dan kosmetik. 
  • Snek rumpai-laut merupakan makanan yang lazat, berprotein tinggi dan penuh dengan khasiat iodin, fosforus, kalsium, zat besi dan vitamin.
  • Selain itu terdapat juga makanan tempatan yang berasaskan rumpai laut seperti 'acar rumpai laut'dan ' isi udang rumpai laut' yang mudah dinikmati di restoran-restoran tempatan.
KANDUNGAN NUTRISI:
  • Nilai-nilai nutrisi 10kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu (rm300/mangkuk)
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribu2 ringgit)
  • 24% kolagen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang2
  • PH bernilai 7.6
  • Kalsium- 37 kali lebih tinggi daripada hati ikan.
  • Antioksidan – 55O kali lebih kuat dari vitamin C.
  • Vitamin A – 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
  • Protin – 21 kali lebih banyak dari susu.
  • Omega 3 dan Omega 6 – 2326 kali lebih banyak dari ikan.
MANFAAT KEPADA TUBUH MANUSIA:
  • Melaraskan berat badan dan hormon
  • Anti-bakteria, membuang toksin
  • Menghilangkan sembelit
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mencantikkan kulit, melicin & menegangkan kulit. (anti penuaan)
  • Meransang penghasilan sel-sel baru kulit dan menyembuhkan luka
  • Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kelenjar tiroid
  • Memperbaiki masalah kulit dan rambut, mengurangkan kedutan & tompok hitam
  • Selulit dan jerawat
  • Membantu meningkatkan metabolisme
  • Memejalkan payudara, otot dan punggong
  • Menurunkan tahap KOLESTEROL dalam tubuh
  • Melembutkan tumit kaki merekah
  • Menguatkan tulang sendi, menjauhi artritis dan OSTEOPOROSIS
  • Meningkatkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
  • Mencegah kanser/tumor
  • Meningkatkan fungsi penghadaman dan pencernaan juga merawat gastrik
  • Mencegah anemia
  • Memberi kekenyangan/diet
  • Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
  • Memberi tenaga
Rumpai Laut berbagai jenis dan warna

Rumpai Laut Hijau ini sangat cantik saperti juntaian anggur...

Rumpai Laut Jenis Ungu sangat tinggi khasiatnya....

Beginilah Gigihnya Dibawah Sinaran Matahari Penternak Rumpai Laut DiSabah memberi sinar kesihatan dan kecantikan kepada pengamalnya....

Rumpai Laut sedang dikeringkan secara semulajadi dibawah sinar matahari dikawasan pesisir pantai.....satu pemandangan warna warni yang amat cantik....

Hari ini pemakanan dinegara kita banyak mengandongi minyak dan lemak tepu yang boleh menyebabkan "coronary" tersumbat, kolesterol tinggi maka kita semua perlu malah mesti mengambil Pure Marine Collagen ini setiap hari kerana salah satu nutrien yang terdapat didalamnya ialah OMEGA 3 & OMEGA 6....gabungan kedua-dua OMEGA ini akan mengujudkan OMEGA 9 semasa pencernaan makanan bagi mencegah lemak jahat berleluasa.....insyallah..

Hebatnya Allah SWT menjadikan hidupan ini sangat bermanfaat kepada manusia.....SUBHANALLAH!!!
Cuba kita lihat rupa bentuk rumpai ini ia seakan-akan rantaian salurnadi darah manusia......wah hebatnya ciptaan Allah SWT ini bermakna rumpai laut sangat baik bagi menguatkuatkan sistem darah manusia, kerana darah membawa semua zat-zat makanan dan oksigen bagi keperluan kehidupan manusia itu sendiri.........bagi anda yang berminat bolehlah dapatkan produk ini daripada kami saperti berikut:

HARGA bagi 100gm jenis gold/putih: RM10.00, purple/hijau hanya RM15.00
Tel: Kak Patimah 012-9162340

COD dikawasan Nilai & Shah Alam, Diluar kawasan ditambah belanja pos.
Boleh juga hubungi Kak Z tel: 019-3916216 bagi kawasan Kuang, Rawang, Kuala Lumpur dan sekitarnya)

Produk boleh juga didapati di:
         1. Nayli Anas Biz,PT 12955(1st Fl),Jln BBN 1/7D,Putra Indah Fasa 3, Putera Nilai,71800 Nilai,N.S    
             (berhadapan dengan Majlis Perbandaran Nilai) tel: 012-3400447
         2.  Muslim Shoppe, PT7451(G),Jln BBN 1/2H, Putra Nilai, 71800 Nilai, N.S tel:012-9528145

Untuk membeli secara pukal (5kg keatas harga boleh dirunding...insyallah)

TESTIMONI:
Ada rakan yang telah mengamalkan menalipon kami bahawa rambutnya sekarang tidak banyak yang rontok (gugur) hasil dia menyapu setiap hari sedikit Collagen ini kekulit kepalanya.....dan yang rakan lain pula merasa bersyukur kerana telah dapat memberikan bayinya lebih susu ibu kerana selepas mengamalkan memakan collagen setiap hari susunya semakin bertambah (rumput laut banyak mengandongi protin-21 kali ganda dari susu lembu)......ALHAMDULILLAH...........

NOTA: Bagi pesakit amalkanlah rumpai laut jenis ungu/hijau kerana khasiatnya lebih tinggi dari jenis putih/gold.......bagi anda yang ingin memelihara kecantikan dan kulit yang cantik dan gebu jenis putih/gold sudah memadai......selamat mengamalkan rumpai laut khazanah alam yang tak ternilai harganya insyallah!!!

Friday, February 22, 2013

KONGSI-KONGSI PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG

Assalamualaikum WBT,
Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai HPA maka pada penghujung Disember 2012, saya telah berkesempatan menghadirkan diri bagi program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang) diIbu Pejabat HPA iaitu diHPAIC Shah Alam.....kongsi-kongsi dalam bahasa Cina membawa maksud merayakan bersama kejayaan begitulah kita harapkan kepada HPA.....

Bangunan HPAIC banyak meninggalkan kenangan suka dan duka pejuang-pejuang produk halal
Setiap program yang dianjurkan maka ramai MUSLIMAH yang menghadirinya jika dibandingkan dengan MUSLIMIN.....agaknya kaum muslimin sibuk mencari rezki walau pun program ini dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad....waullahuallam....


Tuesday, November 6, 2012

Assalamualaikum WBT,
Lama tidak menulis terasa rindu.........rasanya puas menulis mengenai herba, rawatan menggunakan herba dan sebagainya. Alhamdulillah setakat ini Allah SWT masih mengurniakan kesihatan yang baik mungkin berkat dari kesungguhan menghayati kurniaan alam semesta yang menghasilkan buah, sayur, dedaun herba dan juga haiwan yang halal dimakan. Musim hujan kini telah tiba hampir setiap hari hujan turun diserata tempat dengan lebatnya, sampai kadang-kadang terfikir banyaknya air yang Allah SWT turunkan dibumi kita  tetapi kenapa masih ada cerita-cerita kekurangan air berlaku disana sini......anehkan bunyinya........kita biarkan ahli bijakpandai menguruskannya!!!!

Selepas April 2008 berlangsongnya PRU12 kini pusingan PRU13 akan sampai....disana sini ceramah, perjumpaan samada dipejabat, digedong-gedong malah hingga sampai kewarung-warung kopi dikampong-kampong juga isu politik negara menjadi topik hangat yang menceriakan kehidupan.........kita sudah MERDEKA selama 55 tahun kita seharusnya sudah terlalu matang untuk memilih aliran politik sebenar......sementelah Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat akan berlangsong dalam beberapa jam sahaja lagi. Sangat menarik diAmerika calun-calun Presiden berbahas secara terbuka yang boleh didengari secara worldwide......sesiapa sahaja boleh mengikuti tanpa rasa takut dan bersalah, mereka begitu matang dalam berpolitik......terfikir pulak bila agaknya budaya ini akan sampai kenegara kita......setiap rakyat berhak dan  dijamin dalam perlembagaan untuk berbincang, berbahas secara terbuka itulah dia amalan demokrasi sebenar........

Apa pun tarikh PRU13 yang pasti April 2013 Parlimen Malaysia akan terbubar dengan sendirinya........SELAMAT MENGUNDI .....PILIHLAH CALUN YANG MEMBAWA KEAMANAN DUNIA DAN KESEJAHTERAAN DIAKHIRAT .......PILIHLAH CALUN YANG BERKHIDMAT DENGAN AMANAH TANPA KEPENTINGAN DIRI DEMI MEMAJUKAN RAKYAT DAN NEGARA KITA YANG TERCINTA.........ITULAH AMANAH YANG DIBERI KEPADA MEREKA.....


Daun pisang juga sudah berubah warna kerana politik ..........

Tuesday, September 25, 2012

SEPTEMBER BULAN KELAHIRANKU......

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Sahabat-Sahabat Semua,

Setiap individu yang lahir dimuka bumi ini pasti mengingati hari lahir iaitu hari yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana kita dapat melihat dunia yang fana ini dengan tangisan sendu diiringi dengan senyuman ibu dan ayah yang menyambut kehadiran kita......tetapi ada juga kelahiran yang disambut dengan kebencian/penghinaan/dendam maka itulah terjadi kepada bayi-bayi yang dibuang, dicampak, disumbat kedalam lubang tandas.......oh manusia apakah ini, deraian airmata kesakitan & tangisan insan yang baru nak mengenali alam fana.....kejam sungguh tidak dapat dibayangkan kedahsyatan yang maha dahsyat lebih dahsyat dari zaman firaun dan zaman arab jahiliah yang membunuh anak-anak perempuan............

28hb September setiap tahun aku menyambutnya dengan mengucapkan syukur kehazrat Allah SWT yang melanjutkan usiaku dalam keadaan yang masih sihat walafiat....tahun ini genap usiaku 59 tahun maka tahun tahun hadapan tiada lagi nombor 5 dipangkalnya...maka akan timbul nombor yang baru nombor keramat iaitu nombor yang kerajaan Malaysia istiharkan NOMBOR USIA EMAS....jika 60 usia emas maka 59 masih umur peraklah agaknya ........hu hu hu......

Tahun ini tanggal 28hb September jatuh pada hari Jumaat ibu segala hari....alhamdulillah ku mohon kepadaMU ya ALLAH berikanlah aku kekuatan iman, kesihatan yang berpanjangan, minda yang sehat, jauhkanlah aku dari sifat tamak/sifat-sifat keji........limpahkanlah rahmatMU kepada ku ya ALLAH, limpahkanlah rezki yang melimpahruah agar kami dapat menghulurkannya kepada yang memerlukan......tiada yang lebih baik dari tangan yang memberi.........amin ya rabbalalamin.....
Dari kecil telah diajar mentaati ALLAH SWT insyallah besarnya nanti akan menjadi wanita solehah

Thursday, May 17, 2012

1MALAYSIA MAJU........

Assalamualaikum WBT,
Hari ini pergi keworkshop kereta anakanda mengalami overheating....tengok diradiator takde bocor tapi temperature naik hingga H....masyallah apa masaalah pula ni...sambil2 menunggu mekanik memperbaiki dan mengganti radiator kami pergi makan direstoren berdekatan diSalak Tinggi.....aku mengambil nasi campur ngan sehiris ikan pari bakar dan kerabu jantung pisang......wau harganya kus semangat RM7, anakanda mengambil nasi campur ngan ikan keli goreng ngan seketul tahu jepun....lagi wau RM6.50sen.....hebatnya harga2 makanan ni sekarang dikawasan Salak Tinggi pun yg jauhnya hampir 50km dari KL pun harga dah melambung......wah dalam hati rasa bangga??? NEGARAKU MALAYSIA TELAH MENJADI NEGARA MAJU RUPANYA......MAJU DARI SEGI HARGA MELAMBUNG.......kesihan bagi mereka yang bergaji minima RM900 sebulan apakah yg boleh mereka makan setiap hari? mungkin nasi lemak kosong atau bawa bekalan dari rumah.......kesian......
Nasi campur ini mungkin berharga RM7.....

Mungkinkah Nasi Lemak ini akan menjadi makanan mewah pada satu hari nanti kerana harganya yg tidak mampu dibayar oleh warga yang berpendapatan minima???

Saturday, April 14, 2012

HARI-HARI YANG SANTAI BAGAIKAN TAMAN YANG DISIRAMI BUNGA YANG MEKAR MEWANGI.......

Assalamualaikum WBT,
Lama saya tidak menulis diblog, aduhai bukan tidak ada perkara yang ingin disampaikan tetapi masa bagaikan buaian bayu yang melekakan.......tiap hari dirasakan penuh santai rasanya tidak perlu dipantaskan.....tidak perlu dikejar masa.......aah kenapa nak tergesa-gesa esok kan masih ada......kita selalu terlalai bila kita berada dalam keadaan selesa dan kita selalu terlupa bahawa masa tidak menunggu kita....masa akan berlalu begitu sahaja...............kenyataannya kita berada dalam kerugian kerana membiarkan masa berlalu tanpa dimanfaatkan.........Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara: SIHAT sebelum SAKIT, MUDA sebelum TUA, KAYA sebelum MISKIN,LAPANG sebelum SEMPIT dan HIDUP SEBELUM MATI................

Mujurlah sebelum bersara saya telah mempelajari ILMU BEKAM maka dapatlah saya membantu rakan-rakan, teman, jiran & saudaramara yang memerlukan rawatan bekam bagi menjaga kesihatan diri atau merawat penyakit yang sedang dihidapi.....alhamdulillah telah ramai rakan-rakan /saudara mara/ jiran yang telah dapat dibantu......masa yang berlalu tidak sia-sia jika kita tahu menghargainya......

Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan BEKAM hubungilah kami untuk temujanji, Kak Patimah 012-9162340, Norliza 013-2120047 dan bagi lelaki hubungilah Ustaz Azis 013-3671231.  Kami menyediakan rawatan bekam, akupuntur, urutan kaki menggunakan mesin juga sauna.......bayaran sangat berpatutan........
Bekam Awet Muda.......wau....




Bekam bagi wanita yang mengalami masaalah 'calpal tunnel'...