Friday, December 31, 2010

TAHUN BARU MASEHI 2011......

Assalamualaikum WBT,
Detik 12 malam ini akan bermulalah tahun baru tahun Masehi 2011........bagaimana kita semua ye selama setahun dalam 2010 lihatlah diri kita semula......muhasabah diri kita mudah-mudahan Allah SWT akan memberikan keberkatan......dan dilanjutkan usia kita dalam keadaan sihat walafiat dan jadilah khalifah dimukabumi Allah ini membawa kesejahteraan sekelian ummat manusia........insyallah..............SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2011..............................

Monday, December 27, 2010

BEKAM SUNNAH......Al Hijamah....

Assalamualaikum WBT,
Tahun baru Hijrah 1432 telah pun berlangsong hari ini 21Muharram 1432 telah 3 minggu........dan 4 hari lagi bakal muncul tahun baru Masehi 2011.......tahun demi tahun berlalu apakah yang telah kita semua lakukan untuk kebaikan dunia ini sebagai Khalifah dimuka bumi kita selalulah bermuhasabah diri supaya kita menjadi UMMAT MUHAMMAD SAW yang bagus dan sentiasa membawa keamanan & kesejahteraan buat sekelian ummat dimuka bumi ini.....insyallah.........

Pencapaian Kak Sue pada tahun ini Kak Sue ukur dari segi kerjaya perniagaan bersama HPA......PENCAPAIAN PERTAMA : ialah selama 8 bulan perjuangan Kak Sue telah mencapai tahap pangkat PENGARAH JATI alhamdulillah kurniaan Allah SWT....kalau kita berusaha dan yakin kepadaNYA insyallah kita akan mencapai apa yang kita cita-citakan.......Kak Sue telah menjadi Ahli HPA pada tahun 2008 dan pencapaian awal hanya setakat PLX (Pengurus Melati) selama 3 bulan kemudian bergerak kepangkat PRX (Pengurus Meranti) selama hampir setahun sehingga dibukakan hati & jiwa oleh Allah SWT pada awal 2010 untuk mencuba sedaya upaya untuk ketahap PJ alang-alang kita berjuang kenapa tidak berjuang secara TOTAL?????

PENCAPAIAN KEDUA : Selama 2 tahun perjuangan dalam HPA berbagai-bagai ilmu telah ditimba dan dipelajari sebagai asas untuk meneruskan perniagaan dalam bidang produk dan rawatan tradisional.....hanya 1 sahaja perkara/ilmu yang Kak Sue dan rakaniaga paling takut untuk belajar iaitu ILMU BEKAM............... apa yang sangat ditakuti yang bermain-main diminda kami ialah teringatkan 'jarum'...... kami ingatkan jarum yang digunakan saperti jarum suntikan yang sering digunakan oleh doktor-doktor perubatan bagi menyuntik pesakit jadi setiap kali kelas ilmu bekam diadakan perasaan 'ngeri' dengan jarum itulah yang telah membantutkan kami untuk belajar..............entah macam mana pada bulan November lepas Herbalis Sdr Azmely telah menganjurkan KURSUS ASAS BEKAM selama sehari diKomiti Nilai.....secara teori & praktikal....Kak Sue pun jemputlah rakaniaga Kak Sue untuk belajar sama...dah 2 tahun memikirkan jarum kenapa tak kita cuba je sekali ini.......maka kami pun belajarlah ILMU BEKAM beserta dengan praktikalnya sekali................dengan tak semena-mena selepas habis belajar kami berdua ketawa terbahak-bahak didalam kereta kerana terkenangkan 'jarum' yang digunakan dalam ilmu bekam.........aduh cuba anda bayangkan bagaimana keadaan digigit semut tentu tidak berapa sakitkan?? rupa-rupanya tusukan jarum bekam tidak terasa...gigitan semut lebih sakit dari tusukan jarum bekam..................MAKA SEKARANG KAMI TELAH LULUS TEORI DAN PRAKTIKAL MEMBEKAM........Pencapaian ini yang paling hebat jika nak dibandingkan dengan pencapaian-pencapaian yang lain ALHAMDULILLAH................................

Thursday, December 2, 2010

MEE SEGERA HPA......

Assalamualaikum WBT,

Musim cuti sekolah/semester telah pun bermula....maka berhimpunlah anak-anak dirumah ibu bapa menghabiskan cuti yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh ibubapa terutama anak-anak yang kerinduan menjamah masakan ibu juga dapat bertemu dengan adik-beradik serta saudaramara....tambahan pula tentu ramai yang mengadakan kenduri kahwin semasa cuti persekolahan/semester ini. Apabila telah berhimpun maka soal utama ialah apa yang nak dihidangkan kepada anak-anak ini........Kak Sue nak kongsi 1 resepi rengkas & mudah disediakan tambahan pula memang sangat digemari oleh anak-anak.......masakan mee segera HPA.......

Sapertimana ramai yang telah mengetahui bahawa mee segera dipasaran amat diragui akan kehalalan & kebersihannya........caranya tumiskan bawang putih, bawang merah & sedikit halia serta rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih) kemudian masukan sedikit hirisan ayam organik HPA biarkan sebentar...lepas itu taburkan sedikit rempah kari HPA apabila telah wangi baunya masukan semangkuk air biarlah mendidih....masukan mee kuning HPA kemudian dimasukan telur ayam....baik kalau dapat masukan sedikit sayur sawi & lobak merah.......biarlah sehingga mee masak sebentar dan dihidangkan......jangan lupa garam bukit HPA...............rasa mee ini lebih sedap dari mee segera yang ada dipasaran tambahan pula dengan ayam organik yang sihat dan mee kuning (mee kering HPA) yang bersih dari bahan kimia dan bahan najis..........yummi.......cubalah hari ini juga......anak-anak pasti sukakannya.......

Friday, November 26, 2010

KAEDAH PERSIJILAN HALAL JAKIM....

Salam,

Bagi rakan & teman HPA mahu pun yang belum ahli yang mahukan ilmu yang mendalam mengenai kaedah & tatacara bagaimana JAKIM memberi PERSIJILAN HALAL kepada produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar/industri......jom ramai-ramai kekuliah diHPAic pada hari Ahad 12.12.2010 jam 9.00 malam. Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Amri iaitu Penceramah dari JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)............jika anda ada kesangsian & keraguan selama ini boleh juga mengemukakan soalan...............

"TUNTUTLAH ILMU SEKALI PUN KENEGERI CHINA DAN TUNTUTLAH ILMU HINGGA KELIANG LAHAT"...... demikianlah Rasulallah SAW berpesan kepada ummatnya...........apalagi kita isi minda kita dengan ilmu dunia dan akhirat kerana semasa kita keSANA tidak ada harta atau wang ringgit yang akan kekal dan menjadi perisai kepada kita ummat Islam melainkan salah satunya ialah " ILMU YANG BERGUNA YANG BOLEH DIMANFAATKAN OLEH SEKELIAN INSAN".....................insyallah.......

Friday, November 19, 2010

ADUH MUSYKILNYA...JAKIM OH JAKIM.....

Salam Semua,
Selamat Hari Raya Idiladha kepada sekelian muslimin & muslimat yang dirahmati Allah SWT.......sempena dengan Idiladha sudah pasti banyak ibadah korban yang dilakukan oleh ummat Islam diserata dunia......pada 15.11.2010 (Isnin) berlangsong diHPAic ceramah dari JAKIM dengan tajuk " TEKNOLOGI MODEN DALAM SEMBELIHAN HALAL"....terima kasih tak terhingga kepada Ustaz Mohd Amri yang memberikan ceramah dengan diselangseli dengan sedikit humour membuatkan hadirin tersenyum memanjang.....banyak ilmu yang telah dapat dipelajari mengenai cara-cara sembelihan haiwan untuk dimakan oleh manusia diseluruh dunia samada secara halal/tidak halal..........terasa ngeri melihatkan cara sembelihan oleh orang-orang bukan Islam keatas haiwan ternakan...........antara isi kandungan ceramah oleh Ustaz Mohd Amri bahawa darah yang mengalir dipusat-pusat sembelihan ini dikumpulkan untuk dijadikan "PLASMA DARAH" bagi perusahaan membuat makanan BEBOLA (fish ball/chicken ball/meat ball dsb).....dengan mencampurkan plasma darah ini makanan bebola akan menjadi lembut, kenyal dan putih................

Terfikir didalam hati adakah makanan bebola yang dipasarkan disegenap pasaraya diseluruh negara hampir semuanya disediakan oleh orang bukan Islam dan dibalutannya terpampang logo "HALAL JAKIM"....tidak??? menggunakan "plasma darah" dalam proses penyediaannya???? .....agak musykil juga kerana dari kajian yang dibuat oleh CAP (Consumer Association of Penang) dalam bukunya "HALAL HARAM"kebanyakan makanan bebola yang terdapat dipasaraya-pasaraya mengandongi plasma darah haiwan!!!.......Kak Sue sarankan anda sekelian buat kajian sebelum menjamu selera.........................

Tuesday, November 9, 2010

Akhil Hayy DiHPAic...........

Salam,
Hujung minggu yang santai dengan deraian gerimis telah berlangsong diHPAic ceramah motivasi oleh Ustaz Akhil Hayy yang satu masa dulu sangat popular diAstro........wajahnya yang manis membuatkan para hadirin tak jemu-jemu menatap...begitulah kurniaan Allah SWT memberikan rahmat kepada hambanya....apa pun kita harus bersyukur kepadaNYA walau apa pun yang dikurniakan kepada kita semua..............Alhamdulillah....ceramah oleh Ustaz Akhil Hayy memang menakjubkan, beliau pandai menarik perhatian disamping ada unsor-unsor humour yang diselitkan...membuatkan hadirin tidak mengantuk dan ternanti-nanti ucapannya.......dipengakhiran majlis telah dilancarkan "MINYAK WANGI" keluaran Akhil Hayy Network yang akan dipasarkan oleh HPA..........waduh ramai pejuang-pejuang Agama yang telah mengeluarkan minyak wangi sendiri....TAHNIAH!!!.....perjuangan Rasulallah SAW dalam perniagaan telah disambut oleh ummatMU.......

Tuesday, October 19, 2010

GAMATKAN HPA DENGAN GAMAT.....

Salam,

Pada 13.10.2010 (Rabu) telah berlangsong KPJ diHPAic diShah Alam. Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) malam itu khusus untuk membincangkan produk yang sangat baru keluaran HPA iaitu Chlorophyl Drops oleh Dr.Zakaria Abdullah dan JELI GAMAT oleh Professor Dr.Zaiton Hassan, Pakar Sains Makanan yang pernah berkhidmat sebagai Pensyarah & Penyelidik Sains Makanan diUPM dan kini beliau berkhidmat dengan USIM. Dari penerangan yang diberikan oleh kedua-dua pakar ini jelaslah bahawa Chlorophyl Drops berjaya menukar darah manusia yang berasid kepada darah yang beralkali dan GAMAT pula dapat membantu seseorang yang mengamalkan menjadi sehat dan awet muda..........

Rahsia GAMAT kepada manusia bukanlah baru sehinggakan diJepun ianya dihidang sebagai makanan 'spesial' kerana khasiatnya yang tiada tandingan....gamat ialah sejenis haiwan yang hidup dalam persekitaran air yang bersih dan hidup dengan memakan 'plankton' yang banyak terdapat dilaut dalam hampir kedasar lautan.........kejadian gamat yang unik dimana sekiranya ia terpotong akan bercantum kembali dengan izin Allah SWT....maha besarnya Allah yang menjadikan sekelian alam didarat & dilautan untuk kegunaan dan kesejahteraan manusia sejagat........menfaatkanlah produk ini insyallah anda semua akan terhindar dari segala penyakit...............

Professor Dr.Zaiton telah membuat kajian mengenai gamat hampir 10 tahun.....dan beliau juga mengamalkan pemakanan gamat pada setiap hari....pada usia emasnya anda boleh lihat kesan keatas dirinya dimana beliau tetap ceria, mempunyai bentuk badan sederhana dan kulit beliau juga hampir tidak nampak kedut-kedutnya jika dibandingkan dengan wanita yang sebaya dengan beliau yang tidak mengamalkan pemakanan gamat......bagi wanita sangat baik untuk dijadikan produk kecantikan....dimana jeli gamat ini diminum 2 kali sehari dan sapukan sedikit dimuka pada setiap malam...insyallah dalam tempoh 2 minggu akan nampak perbedzaan pada kulit wajah dimana kulit akan menjadi lebih gebu dan halus serta boleh menanggalkan sel-sel yang mati....

Apa lagi pada malam itu kami semua turun keHalalmall HPA yang terletak ditingkat bawah HPAic dan menyerbu produk JELI GAMAT......ada juga yang membeli sehingga 20 botol untuk diagihkan kepada rakan-rakan kongsi mereka yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur.......hampir setiap orang membelinya.........dan kini telah hampir 5 hari kami menggunakan produk ini disamping meminum jeli gamat kami juga menyapu sedikit dimuka pada setiap malam....jelaslah apa yang dikatakan oleh Prof.Dr.Zaiton adalah benar.....dapat dirasakan perubahan kepada kulit yang mulai menjadi lebih gebu dan halus......cubalah hari ini.........