Sunday, March 30, 2014

MAS ......MH370.....LAYANG-LAYANG PUTUS TALI..........

Assalamualaikum WBT,

8 Mac 2014 tarikh yang menggemparkan seluroh alam bumi......kehilangan MH370 amat membingungkan negara lebih-lebih lagi kaum keluarga seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal.....sudah 3 minggu tanpa berita yang sohih sebab kehilangannya.....
PESAWAT MAS MH370......BOEING 777-200ER

Berbagai-bagai teori dan andaian berlegar bersimpang sior dialam maya , berlegar diseluruh akhbar didunia......masyallah begitulah kehendakNYA yang MAHA ESA....tiada siapa yang tahu kisah sebenarnya.........kisah suka, duka, perit, pahit, maung bercampur baur.....

Moga-moga Allah SWT memperkenankan doa sekelian muslimin dan muslimat yang perihatin dengan kehilangannya......YA ALLAH KAU TIMBULKANLAH IA JIKA TENGGELAM, KAU KEMBALIKAN IA JIKA TERSESAT, KAU SELAMATKANLAH SEKELIAN PENUMPANG DAN ANAK KAPAL.....BERILAH MEREKA PELUANG BERTEMU SEMULA DENGAN KAUM KELUARGA, SAHABAT HANDAI YANG AMAT MERINDUI MEREKA.......AMIN YA RABBALALAMIN......

Wednesday, February 26, 2014

KOREA.....WINTER SONATA.....

ASSALAMUALAIKUM WBT,
Bulan Februari masih lagi winter dikawasan-kawasan utara dan selatan dunia......digarisan Khatul Istiwa keadaannya panas membahang.....sesetengah negara hujan tidak membasahi bumi lagi buat sekian bulan.....begitulah kehendakNYA yang MAHA ESA......

Korea, Jepun dan China merupakan negara Asia yang mempunyai 4 musim......winter, spring, summer dan autumn.....sesetengah kawasan tinggi diliputi salji yang memutih......

Pelancung keJepun mungkin kerana tarikan teknologinya yang canggih, keChina kerana syurga membeli belah bagi mereka yang kaki berbelanja......tetapi tarikan keKorea agak unik kerana tarikannya bukan kerana salji untuk bermain ski, bukan kerana tempat membeli belah tetapi kerana DRAMA-DRAMAnya yang digarap demikian rupa sehingga penonton merasa teruja untuk menyaksikan lokasi-lokasi pengambaran drama2 ini.....dan tarikan kepada GANGNAM STYLE....KPOP........begitulah kehebatan dan keunikan yang dimilikki oleh NEGARA KOREA.......

Drama yang menghantui pelancong dari serata dunia ialah WINTER SONATA dimana lokasi pengambaran banyak berkisar disebuah pulau indah yang diliputi salji ......NAMI ISLAND......

Deretan pokok-pokok pine yang ditanam begitu cantik.....

Wajah Hero yang membawa watak Joon Sang lakonannya yang bersahaja sangat memikat dan Heroin yang membawa watak Yujin seorang gadis yang begitu setia dengan cinta pertamanya............
Mereka begitu bangga dengan drama2 mereka sehinggakan mereka membina patong2 pelakon yang membawa watak Haewoon No Bodies Daughter...drama ini masih ditayangkan diAstro....huh....

Pintu masuk ..Port bagi menunggu feri ...perjalanan hanya 5 minit sahaja dari tanah besar...
KIMCHI adalah makanan yang dijerok kerana Korea mempunyai 4 musim mereka menjerokkan semua jenis sayor, udang, sotong dll bagi bekalan makanan dimusim sejuk....subhanallah.....
KUNCI CINTA begitulah kehebatan cinta yang digarap dalam drama2 mereka..... Korea mengabadikan kesah2 cinta ini dengan mengadakan bukit khas, disitu pasangan yang bercinta menggantongkan kunci cinta mereka berdua.....terdapat ratusan ribu kunci yg tergantong disini untuk sekian lama ada banyak yang sudah berkarat ...adakah cinta mereka kini sudah BERKARAT??????
Pusat bermain ski .......dapat menggenggam snow dan menapak diatasnya menimbulkan rasa kecintaan kepada yang MAHA ESA....SUBHANALLAH IA memberikan segala2nya untuk dinikmati oleh hambaNYA hanya hambaNYA sahaja sebahagian besar masih mendurhaka kepadaNYA..........
Nami Island sebenarnya sebuah pulau yang dibina manusia diatas sebuah dam takungan air bagi mengelakan hakisan pulau ini telah ditanam dengan deretan pokok-pokok pine.....selepas 50 tahun barulah pokok2 ini matang  dan dibuka untuk orang ramai.....keadaan pokok2 disini teratur dan cantik menjadi tarikan producer drama Korea untuk membuat pengambaran terutama drama yang berthemakan cinta......

Sedikit mengenai drama Winter Sonata.....drama ini diterbitkan pada tahun 2002 .....disepanjang 20 episod drama ini dipenuhi dengan air mata Yujin seorang gadis yang jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Joon Sang disekolah menengah.....mungkin itulah agaknya tajuk drama ini dinamakan winter .....penuh dengan air mata........penonton dibuai dengan kisah cinta pilu yang hampir tidak kesampaian dengan berbagai halangan dan dugaan.....

Thursday, December 19, 2013

DISEMBER penghujung tahun yang ditunggu-tunggu????

AssalamualaikumWBT dan Salam Sejahtera,

Tahun 2013 telah hampir menutup tirainya dan lembaran baru tahun 2014 akan menjelang hanya 12 hari sahaja lagi.......dan hanya 6 tahun sahaja lagi menuju ke2020 tahun yang dicitacitakan menjadikan Malaysia Negara Maju...insha ALLAH...

Tirai 2014 akan disambut dengan berbagai-bagai kenaikan hu hu hu sendu hati dan hibanya jiwa mengingatkan fakir miskin yang semakin miskin ......kita mungkin menukar menu bersesuaian dengan poket tetapi mereka mungkin memikirkan sesuap nasi untuk diberikan kepada anak isteri tanpa mengirakan berlauk atau pun tidak......sadis......begitulah nasib menimpa rakyat marhaen tanpa rasa belas....

Eletrik, air, petrol, gula, tepung, dan berbagai lagi barang bagi kegunaan harian sudah pun naik......2014.sudah pasti melambong lagi....beberapa hari lepas aku membeli nasi bungkus nasi dicampur seekor ikan kembung dan sayur pucuk paku goreng disebuah restoren diShah Alam...dalam hati rasanya paling mahal mungkin RM4 rupanya harganya RM6.....kus semangat hanya seekor ikan kembong?????????? tahun 2014 dengan kenaikan itu kenaikan ini......segala-galanya NAIK mungkin harga nasi bungkus yang serupa menjadi RM10.00 ......betapa kecilnya nilai ringgit Malaysia .......kalau nak makan nasi baryani agaknya dari gerai pun harganya mungkin mencecah RM20 sepinggan ???? atau lebih lagi ?????

Tol juga telah diistiharkan akan naik lagi pada 2014 sehingga 40-50% kenaikan......setiap tahun rakyat telah dimaklumkan akan keuntongan berbillion diperolehi oleh pemegang konsesi......mengikut akal yang logik dan bertimbang rasa sepatutnya kadar tol telah boleh diturunkan atau pun dihapuskan tetapi apa yang berlaku ialah sebaliknya lagi naik...naik....naik.....ya Allah aku berpijak dinegara yang dikatakan negara Islam....semakin kejam...semakin berduri dirasakan tanah yang dipijak.....Ya Allah apakah ujian yang KAU turunkan ini.....semakin sengsara rakyat miskin......
MUNGKIN PEMANDANGAN INI AKAN MENJADI FENOMINA BIASA DITANAH AIRKU TERCINTA
KEMISKINAN MENJADI LUMRAH????

SIKAYA VERSUS SIMISKIN

Friday, September 20, 2013

Assalamualaikum WBT,
September datang lagi.....begitu evergreen bulan ini saperti yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi tersohor Biduanita Sharifah Aini....usianya sebaya denganku...bulannya sahaja berlainan.....dia dilahirkan dibulan Julai tetapi lagunya Bulan September masih terngiang-ngiang terdengar alunan gemersik suaranya.......KU MASIH INGAT PERKENALANKU DIBULAN SEPTEMBER...SEPTEMBER.....itulah sebahagian dari lirik lagu yang didendangkannya.......

Bulan September 2013 genaplah usiaku 60 tahun katagori USIA EMAS........masa zaman kanak-kanak sering ibu-ibu memanggil INTAN PAYONG....jadi masa kanak-kanak adalah USIA INTAN....bila meningkat remaja sudah kenal apa erti BERLIAN dan berlian diabadikan disaat cincin disarong kejari manis cincin berlian, saat berumahtangga BERLIAN juga menjadi tumpuan disarong kejari manis sebagai tanda penghargaan seorang suami kepada isteri tercinta, sebagai tanda ikatan dua keluarga disatukan menjadi sebuah keluarga yang besar ........begitulah lumrahnya DIAMOND ARE FOREVER........tetapi usia tidak forever menjadi diamond......akhirnya menjadi gold.....GOLD sebagai sandaran, sebagai harta yang menjadi rebutan....GOLD juga menjadi punca keganasan KES RAGUT yang berleluasa dan wanita tidak selamat lagi memakai hiasan GOLD.......MAKNA SEBENAR GOLD mungkin usia ini sudah tidak selamat, sudah hampir penamat????

KEK YANG DIBUAT SENDIRI OLEH ANAK BONGSU........
Apa pun aku bersyukur kehazrat ALLAH SWT yang telah melimpahkan rahmat dan hidayahnya kepadaku.....aku masih sehat walafiat, alhamdulillah darahku masih merah menyala, masih segar tanpa lebihan gula, tanpa lebihan garam, tanpa lebihan lemak.......itulah hadiah yang tidak ternilai dari ALLAH SWT kepadaku.....aku mungkin tidak punya harta bertimbun, tidak juga wang berjuta, tidak juga ada pusaka percuma dari ayah bonda berhektar-hektar untuk ku habiskan....hanyalah sekangkang kera......wang persaraan yang sekadar cukup untuk meneruskan hari-hari usia emasku.......Alhamdulillah ya Allah aku dapat lagi menghirup udara segar yang KAU beri percuma, dapat melihat panorama alam tanpa perlu membayar tiket, dapat merasai kasih sayangMU tanpa batas KAU MAHA PEMURAH, KAU MAHA PENYAYANG, KAU MAHA MENGETAHUI, KAU MAHA SEGALA-GALANYA......AMPUNI SEGALA DOSAKU YANG LALU, MASA INI DAN MASA-MASA MENDATANG..........AMIN, AMIN YA RABBALALAMIN......


Bersama puteri-puteri kesayangan menziarah nenek yang sedang dirawat diHKL kerana patah tulang peha.....maka berayalah kami pada tahun 2013 dihospital........






Tuesday, July 23, 2013

Assalamualaikum WBT,
Berita gembira yang ditunggu-tunggu selama 5 tahun telah mengembalikan rasa yakin diri, rasa syukur kehazrat ilahi yang tidak terhingga, rasa kepuasan yang tidak boleh dibilang dengan jari............

Pagi ini 22.7.2013 setelah pemeriksaan dibuat oleh Ketua Pakar ENT Hospital Putrajaya  telah mengembalikan semangat untuk meneruskan kehidupan ini bahawa tampalan yang dilakukan sebanyak 2 kali melalui pembedahan telah menutup keseluruhan 'eardrum' yang terkoyak pada tahun 2008....alhamdulillah......Pada tahun 2008 telah dilakukan pembedahan menampal gegendang telinga yang terkoyak (kerana infection berlaku disebabkan ruang dalam telinga berada dalam keadaan lembab mungkin disebabkan air memasukki tanpa sedar semasa mandi) dengan menggunakan sayatan dari kulit dibahagian telinga juga ....oleh kerana gegendang tidak mempunyai urat saraf maka tidak terasa sakit bila berlaku kebocoran tetapi mengakibatkan bunyi berdesing yang sangat kuat setiap masa dan pendengaran juga menjadi kurang jelas dan percakapan pesakit juga kurang difahami oleh orang yang mendengarnya.....begitulah ujian Allah SWT yang mengkehendakkinya....selepas ditampal pada tahun 2008 tampalan tersebut terbuka semula sebahagiannya dan bunyi berdesing masih berlaku kemudian selepas 2 tahun dilakukan semula pembedahan yang dijalankan sendiri oleh Head of ENT Department Hospital Putrajaya.....kali pertama pembedahan menggunakan kulit yang disayat dari telinga kiri dan kali kedua ini digunakan kulit yang disayat dari telinga kanan........tetapi berlaku juga tampalan tersebut terbuka sedikit malahan telah tumbuh satu benjolan berbentuk bulat berwarna putih...... untuk mengeluarkannya mungkin perlu melakukan pembedahan kecil kata doktor.....Ya Allah bertambah berdesing telinga mendengarnya sudah tak larat lagi melalui pembedahan untuk kali ketiga dengan mengharungi tempoh ubat bius yang mengandongi dadah yang kuat saperti melalui tempoh koma sementara, kata doktor mungkin faktor usia menyebabkan tampalan ini sukar untuk bersebati......maka setiap 6 bulan dibuat pemeriksaan masih juga tetap begitu malahan semakin membesar semasa pemeriksaan lanjutan pada Disember 2012 dan pemeriksaan seterusnya ialah pada 22.7.2013......

Oleh kerana hampir merasa putus asa maka ikhtiar terakhir hanya  berdoa kepada Allah SWT agar disembuhkan pendengaran ini........Allah SWT Maha Mendengar, Maha Mengasihani........maka apabila wabak RUMPAI LAUT melanda keseluruhan Semenanjong Malaysia maka terfikir untuk membaca & mengkaji analisa kandungan rumpailaut yang telah dilakukan oleh pakar-pakar bioteknologi....tempatan dan luar negara......antara khasiat kandungan rumpailaut ialah kandungan Omega 3 & Omega 6, kandungan iodin yang sangat tinggi serta protin dan sangat baik dalam pemulihan kulit manusia. Maka terfikir bahawa tampalan yang dilakukan tersebut menggunakan kulit mungkin boleh membantu menghidupkan sel-sel kulit tersebut dan mana tau ia boleh bertaut semula dan menutup kebocoran yang berlaku dibahagian 'eardrum' tersebut......makanya setiap hari dimakan rumpailaut yang telah dibuat jeli 1 mangkok pagi dan 1 mangkok pada waktu malam tidak pernah henti dan berdoa sepanjang masa......Ya Allah inilah ikhtiar terakhirku sekiranya tidak berjaya juga maka aku akan pasrah diatas kehendaNYA......

Hanya beberapa bulan sahaja dan alhamdulillah pemeriksaan yang dibuat pada 22.7.2013 telah pun terbukti dengan kuasa Allah SWT yang menjadikan segala hidupan dilangit, dibumi dan dilautan telah mengabulkan doaku yang tidak putus-putus bahawa bahagian tampalan yang bocor telah tertutup rapi dan benjolan putih pula sudah mengecut memang ajaib dengan izin Allah SWT jua yang mengkehendakkinya.....ALHAMDULILLAH SYUKUR.......yakinlah setiap penyakit ada ubatnya...hanya kita manusia yang lemah perlu mencari, mengkaji dan meyakini dan istiqamah........setiap hidupan disekeliling kita ada kegunaannya, ada kelebihannya Allah SWT telah menyediakan segalanya...hanya kita yang perlu yakin .....yakinlah!!!!!!.........

Terima kasih yang tidak terhingga kepada sekelian Doktor-Doktor Pakar ENT Hospital Putrajaya terutama sekali Head of ENT Department Dr. Balwinder Singh yang telah begitu sabar dan tekun melayani pesakit tanpa jemu yang telah membantu saya mendapat semula nikmat Allah SWT iaitu nikmat MENDENGAR.......

HOSPITAL PUTRAJAYA........


Saturday, July 13, 2013

Assalamualaikum WBT,
Ramadhan tiba lagi....syukur alhamdulillah kita dapat lagi melakukan ibadah puasa selama sebulan insha Allah bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan,bulan rahmat, bulan pengampunan mintalah diturunkan rahmat dan keampunan kepadaNYA, mohonlah limpahan rezki sebanyak-banyaknya.........

Bersempena dengan Ramadhan Almubarak disamping kita berpuasa menahan lapar&dahaga, menahan nafsu segala...kita lihat kembali apa yang kita makan sebagai juadah berbuka selain halalan toyyibah yang dititikberatkan kita juga perlu memastikan produk yang kita makan menjadikan darah daging kita itu disediakan oleh tangan-tangan orang Islam dan bukannya dari syarikat-syarikat milik YAHUDI TERUTAMANYA......Yahudi dilaknat Allah SWT dan jangan kita memujanya pula......contoh makanan Yahudi sangat banyak dan menguasai hampir 80% pasaran dinegara kita... NESTLE...KFC..COCA-COLA..McD...STARBUCK....PIZZA HUT...JOHNSON&JOHNSON........ PASARAYA TESCO  MILIK YAHUDI..dan ada ribuan lagi tak tersebutkan disini.....nauzubillahminzalik.....murkanya ALLAH SWT melihat hambaNYA walau pun telah diturunkan ayat pertama yang disebut oleh Malaikat Jibril IQRA' IQRA' IQRA'.....bacalah...bacalah....bacalah...ayat ini ditujukan kepada sekelian ummat Nabi Muhammad SAW supaya mengkaji, menganalisa, menyemak bahan makanan, siapa pembuatnya...kesemuanya melalui pembacaan/iqra'.....BERHIJRAHLAH KEPADA PRODUK KELUARAN MUSLIM walau pun masih kurang dipasaran kita dituntut mencarinya sedikit demi sedikit insha Allah akan banyaklah disuatu masa nanti.....dan kita ummat Islam perlu memberi sokongan dengan membeli dan memakan atau menggunanya......

AL-HADDAD MARKETING PENGELUAR PRODUK MUSLIM TERHANGAT DIPASARAN

Monday, April 8, 2013

GOJI......SEBUAH NAMA YANG ASING....JARANG DIDENGARI TETAPI UJUD RIBUAN TAHUN DAHULU......

Assalamualaikum WBT,
Minggu ni buah ajaib yang ingin dishare satu nama yang jarang disebut iaitu GOJI....atau nama saintifiknya "LYCIUM BARBARUM" dikalangan orang-orang Tionghua nama GOJI tidak asing kerana goji terdapat dalam banyak masakan mereka juga dessert/kueh muih......mereka memasukkan goji sebagai medium penjaga kesihatan mereka.......goji sangat enak dicampurkan dalam minuman " lin chee kang"....

Wanita2 diNingxia, sedang memetik buah2 goji 
GOJI banyak tumbuh dinegara China didaerah Ningxia diutara China yang berhampiran dengan Tibet.....sebab itulah GOJI juga lebih dikenali sebagai "HIMALAYAN GOJI"....

Buah Goji sedang masak ranum

Buah goji berwarna merah dan rasanya manis seakan-akan kismis.....warna merahnya melambangkan ia sangat baik untuk darah kerana khasiatnya yang sangat tinggi......daripada penyelidikan didapati GOJI mengandongi VITAMIN C sebanyak 500 kali ganda dari buah orange kalau ditimbang mengikut sama berat........dan nilai ORAC (OXYGEN RADICAL ABSORBANCE CAPACITY) adalah 25,300......maka goji bermakna sangat baik bagi pesakit kanser melawan sel kanser......insyallah.....

Pokok Goji sangat subur hidup dikawasan cuaca sederhana sejuk

Mungkinkah gadis ini telah berusia lebih 100tahun? wajahnya masih mulus........ 
Dinegara China terutama didaerah NINGXIA ramai penduduk seniornya rata-rata berusia lebih dari 100 tahun dalam keadaan sehat dan cergas....hebatkan Allah SWT mencipta sesuatu yang sangat bermanfaat untuk hambanya....subhanallah...
Dapatkan buah goji kering dari kami hanya RM10.00 bagi 100gm......