Wednesday, January 25, 2012

BEKAM.....MENJADI BERITA GEMPAR 1 MALAYSIA..........

ASSALAMUALAIKUM WBT,
Baru-baru ini ramai dikalangan kita dikejutkan dengan satu berita "DAKWAAN" seorang doktor perubatan dari USM dengan 5 orang doktor penyelidik bahawa mereka sedang mengkaji kesan dari aktiviti bekam yang kini seolah-olah melanda keseluruh negara, ia menjadi fenomena yang begitu menakutkan kepada setengah-tengah pihak terutama para doktor perubatan. Mereka takut bahawa jarum/pisau yang digunakan dalam pembekaman digunakan berkali-kali akan menyebabkan penyebaran HIV/AIDS..........terima kasih doktor kerana mengingatkan perkara ini walau pun ianya menjejaskan banyak aktiviti perniagaan perkhidmatan bekam sekurang-kurangnya pembekam dimasa akan datang akan lebih berhati-hati dan menitikberatkan hal-hal kebersihan peralatan dan persekitaran aktiviti bekam........laksanakan bekam secara 'proper' agar tidak timbul fitnah kepada BEKAM......kerana BEKAM SUNNAH ADALAH DIGALAKAN OLEH RASULLAH SAW , BAGINDA BERBEKAM PADA SETIAP BULAN DENGAN MEMILIH TARIKH 17HB/19HB/21HB BULAN ISLAM....................

Untuk makluman para doktor kami adalah pembekam yang dididik oleh HERBALIS (DOKTOR HERBA) bahawa pembekam menggunakan jarum/pisau yang telah distrelise dan hanya digunakan SEKALI SAHAJA BAGI SETIAP PESAKIT dan jarum ini terus dibuang/dibakar dan peralatan seperti 'cup dan lain-lain' juga dibersih dan disterilise dengan cecair yang tertentu agar segala kuman tidak membiak. Secara umumnya jarum/pisau yang digunakan bukan bertujuan menyuntik ubat/bahan kedalam badan pesakit sapertimana yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah, ia hanyalah sejenis tusukan/torehan halus untuk memudahkan darah yang kotor dibawah kulit dikeluarkan sama juga saperti tugas doktor yang menggunakan jarum lancet ditusuk/ditoreh kejari pesakit kencing manis untuk mengeluarkan darah bagi ujian kadar gula dalam darah. Tusukan jarum lancet yang dilakukan oleh doktor-doktor belum pernah kita dengar lagi boleh menyebabkan penyebaran hiv/aids dikalangan pesakit. Pesakit-pesakit kencing manis ada kemungkinan ramai terdiri dari pesakit aids/hiv tanpa disedari.........

Bagi pembekam-pembekam BERSABARLAH....ini ujian ALLAH SWT sesuatu yang baik dari Allah dan Rasulnya selalu menjadi igauan dan kebencian sesetengah pihak.......pernah disuatu masa dipertikaikan mengapa Rasulallah SAW menyimpan janggutnya!!!!! didalam alquran banyak surah-surah yang boleh dirujuk menceritakan banyak kebaikan saperti makanan sunnah saperti makanlah 'madu lebah', minumlah 'minyak zaitun', minumlah 'habbatussawda' ini pun dipertikaikan oleh setengah-setengah pihak....nak buat macam MANA sesuatu yang baik itu ada dugaan & halangannya ini semua ujian dari MAHA ESA YANG MENGUJI KEIMANAN KITA SEMUA......BERSABARLAH INSYALLAH KITA AKAN MEMPEROLEH KEBAHAGIAN DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.........

No comments:

Post a Comment