Apa khabar semua, minggu ni kami KPSNilai akan memperkatakan herba yang sangat unik, namanya juga gila-gila kerana orang-orang Arab menamakan pokok herba ini sebagai "MAD VEGETABLES" kerana herba ini tumbuh merata dan cabang-cabangnya akan tumbuh merata-rata bercabang-cabang macam 'mad' ........wau kalau dia boleh tumbuh sedemikian rupa maka sudah pasti Allah SWT jadikan tumbuhan ini sangat istimewa untuk manusia.......
Cuba anda perhatikan betul-betul tumbuhan ini banyak tumbuh secara meliar (wild) dihalaman-halaman rumah terutama ditanah yang lembab, selalunya ia menjadi rumput yang sering dicabut dengan rakusnya.......oh kasihan termasuklah saya sering mencabut dan merungut kerana tumbuhan ini tanpa jemu-jemu akan tumbuh semula ditempat yang kita cabut dia kerana tumbuhan ini mempunyai biji benih yang mudah tumbuh....subhanallah....ya ampun saya tidak tahu selama ini tumbuhan ini tinggi khasiat ALA (ALPHA LINOLENIC ACID) iaitu OMEGA 3 yang sangat baik bagi pertumbuhan jisim manusia ya Allah.......tidak akan dijadikan oleh Allah SWT sesuatu itu tanpa tujuan........ OMEGA 3 biasanya terdapat didalam ikan ........saperti tenggiri biru (mackerrel).Memandangkan hari ini berlaku pencemaran air yang sangat serius maka untuk menjamah ikan kita perlu berfikir berkali-kali tambahan pula ada pengusaha-pengusaha ikan yang tidak bertanggungjawab sanggup menggunakan bahan pengawet mayat (formaldehaid) bagi menampakkan ikan mereka sentiasa dalam keadaan segar........maka sebagai alternatif inilah jawapannya untuk kita terus mendapat bekalan OMEGA 3........
Portulaca bagi orang-orang Greek & Cina sering menggunakannya dalam masakan saperti salad dan juga ia boleh dijadikan sayur goreng yang lazat......
lihatlah tumbuhan ini bercambah ikut suka dia jadi menggila kiri kanan menjalar tulah sebabnya nama dia " SAYUR GILA ".............
Portulaca yang ditanam secara komersial kelopak daunnya agak cantik dan kehijauan, Vitamin C juga amat banyak dalam tumbuhan ini.
Terdapat banyak spesies portulaca saperti bunga Ros Jepun ia dikategorikan PORTULACA GRANDIFLORA kategori bunga.....
Bunga-bunga spesies ' portulaca grandiflora' amat cantik dan mekar apabila disinari oleh pancaran matahari.......ya begitulah kebesaran Allah SWT yang menjadikannya........subhanallah......
Portulaca yang dijeruk memang sangat sedap dimakan dengan nasi.. |
No comments:
Post a Comment