Friday, December 30, 2011

AZAM LAGI DITAHUN BARU MASEHI 2012............

Assalamualaikum WBT,

Hanya sehari lagi kita akan berada ditahun baru Masehi 2012.........kalau ada filem yang melarang memandang kebelakang...."JANGAN PANDANG BELAKANG......" tetapi bila sampai kepengakhir tahun kita harus muhasabah diri kita pandang semula kebelakang.......sudahkah kita sebagai KHALIFAH dimuka bumi Allah SWT ini telah melakukan perkara-perkara yang terbaik selaras dengan hukum dan ajaran Islam Agama Allah SWT yang suci.......ramai yang masih jauh menyimpang, masih ramai lagi yang alpha, dan masih ramai lagi orang-orang Islam terus-terusan menghadham makanan yang haram samada sedar atau tidak sedar...............beralihlah berubahlah dan berhijrahlah sementara kita masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk berubah.......tinggalkan perkara-perkara mungkar, perkara-perkara lagha....melalaikan......jadilah insan soleh dan solehah yang akan mengisi ruang-ruang disyurga insyallah.........





Saturday, December 24, 2011

ROSELLE....MERAHNYA MENYALA UMPAMA DARAH YANG MERAH....

Assalamualaikum WBT,
Roselle atau nama saintifiknya "HIBISCUS SAFDARIFFA" satu nama yang cantik secantik bunga raya yang merah menyala jadi kebanggaan bunga kebangsaan negaraku........

Hibiscus Safdariffa berasal dari negara bercuaca panas iaitu SUDAN...dari kajian saintifik kandungan nutrien utama dalam roselle ini ialah VITAMIN C .....vit C amat penting bagi membantu tubuh badan manusia dari dijangkiti penyakit...bagi pesakit kanser perlu mengambil sekurang-kurangnya 1,000mg sehari vit C bagi mencegah pembiakan sel kanser.....begitulah pentingnya VITAMIN C..........dari kajian didapati vit c yang terdapat didalam roselle 20 kali ganda dari orange/citrus!!!!! yang anihnya kenapa roselle tidak sepopular orange.

Najitahnya roselle berasal dari Negara Sudan sebuah negara Islam sudah pastilah 'mereka' tidak akan memperakukan roselle untuk vit c........bila sebut vit c kita terbayangkan orange & bila kita sebut orange pula terbayangkan vit c....begitu sinonimnya.........kalaulah vit c itu roselle dan bila sebut roselle teringatkan vit c maka sudah pasti SUDAN MENJADI SALAH SATU NEGARA YANG KAYA DIDUNIA..........

Lihatlah dahannya juga berwarna kemerah-merahan maka bermakna tumbuhan ini sangat berkhasiat untuk menghasilkan darah.........                                                


Lihat warna jusnya merah menyala maka hukum alam menyatakan bahawa roselle itu sangat baik menambahkan darah bagi mereka yang mengalami anemia.....dan bagi mereka yang sering sakit........insyallah.....

Lihat lagi daunnya sejenis daun asam sangat enak dicampurkan dalam masakan kari..........

Rasanya yang masam seakan-akan minuman ribena maka itulah pokok ini juga dipanggil "ASAM PAYA"...........   Jem roselle juga sedap rasanya dan boleh dijadikan hiasan kek menggantikan strawberry yang lazim digunakan orang........                                                                                                                                                       

Friday, December 23, 2011

PORTULACA OLERACEA.....SAYUR GILA.......

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua, minggu ni kami KPSNilai akan memperkatakan herba yang sangat unik, namanya juga gila-gila kerana orang-orang Arab menamakan pokok herba ini sebagai "MAD VEGETABLES" kerana herba ini tumbuh merata dan cabang-cabangnya akan tumbuh merata-rata bercabang-cabang macam 'mad' ........wau kalau dia boleh tumbuh sedemikian rupa maka sudah pasti Allah SWT jadikan tumbuhan ini sangat istimewa untuk manusia.......

Cuba anda perhatikan betul-betul tumbuhan ini banyak tumbuh secara meliar (wild) dihalaman-halaman rumah terutama ditanah yang lembab, selalunya ia menjadi rumput yang sering dicabut dengan rakusnya.......oh kasihan termasuklah saya sering mencabut dan merungut kerana tumbuhan ini tanpa jemu-jemu akan tumbuh semula ditempat yang kita cabut dia kerana tumbuhan ini mempunyai biji benih yang mudah tumbuh....subhanallah....ya ampun saya tidak tahu selama ini tumbuhan ini tinggi khasiat ALA (ALPHA LINOLENIC ACID) iaitu OMEGA 3 yang sangat baik bagi pertumbuhan jisim manusia ya Allah.......tidak akan dijadikan oleh Allah SWT sesuatu itu tanpa tujuan........ OMEGA 3 biasanya terdapat didalam ikan ........saperti tenggiri biru (mackerrel).Memandangkan hari ini berlaku pencemaran air yang sangat serius maka untuk menjamah ikan kita perlu berfikir berkali-kali tambahan pula ada pengusaha-pengusaha ikan yang tidak bertanggungjawab sanggup menggunakan bahan pengawet mayat (formaldehaid) bagi menampakkan ikan mereka sentiasa dalam keadaan segar........maka sebagai alternatif inilah jawapannya untuk kita terus mendapat bekalan OMEGA 3........

Portulaca bagi orang-orang Greek & Cina sering menggunakannya dalam masakan saperti salad dan juga ia boleh dijadikan sayur goreng yang lazat......

lihatlah tumbuhan ini bercambah ikut suka dia jadi menggila kiri kanan menjalar tulah sebabnya nama dia " SAYUR GILA ".............

Portulaca yang ditanam secara komersial kelopak daunnya agak cantik dan kehijauan, Vitamin C juga amat banyak dalam tumbuhan ini.














Terdapat banyak spesies portulaca saperti bunga Ros Jepun ia dikategorikan PORTULACA GRANDIFLORA kategori bunga.....

 Bunga-bunga spesies ' portulaca grandiflora' amat cantik dan mekar apabila disinari oleh pancaran matahari.......ya begitulah kebesaran Allah SWT yang menjadikannya........subhanallah......














Portulaca yang dijeruk memang sangat sedap dimakan dengan nasi..
Portulaca HPA dalam bentuk kapsul mudah dihadham.