Monday, December 27, 2010

BEKAM SUNNAH......Al Hijamah....

Assalamualaikum WBT,
Tahun baru Hijrah 1432 telah pun berlangsong hari ini 21Muharram 1432 telah 3 minggu........dan 4 hari lagi bakal muncul tahun baru Masehi 2011.......tahun demi tahun berlalu apakah yang telah kita semua lakukan untuk kebaikan dunia ini sebagai Khalifah dimuka bumi kita selalulah bermuhasabah diri supaya kita menjadi UMMAT MUHAMMAD SAW yang bagus dan sentiasa membawa keamanan & kesejahteraan buat sekelian ummat dimuka bumi ini.....insyallah.........

Pencapaian Kak Sue pada tahun ini Kak Sue ukur dari segi kerjaya perniagaan bersama HPA......PENCAPAIAN PERTAMA : ialah selama 8 bulan perjuangan Kak Sue telah mencapai tahap pangkat PENGARAH JATI alhamdulillah kurniaan Allah SWT....kalau kita berusaha dan yakin kepadaNYA insyallah kita akan mencapai apa yang kita cita-citakan.......Kak Sue telah menjadi Ahli HPA pada tahun 2008 dan pencapaian awal hanya setakat PLX (Pengurus Melati) selama 3 bulan kemudian bergerak kepangkat PRX (Pengurus Meranti) selama hampir setahun sehingga dibukakan hati & jiwa oleh Allah SWT pada awal 2010 untuk mencuba sedaya upaya untuk ketahap PJ alang-alang kita berjuang kenapa tidak berjuang secara TOTAL?????

PENCAPAIAN KEDUA : Selama 2 tahun perjuangan dalam HPA berbagai-bagai ilmu telah ditimba dan dipelajari sebagai asas untuk meneruskan perniagaan dalam bidang produk dan rawatan tradisional.....hanya 1 sahaja perkara/ilmu yang Kak Sue dan rakaniaga paling takut untuk belajar iaitu ILMU BEKAM............... apa yang sangat ditakuti yang bermain-main diminda kami ialah teringatkan 'jarum'...... kami ingatkan jarum yang digunakan saperti jarum suntikan yang sering digunakan oleh doktor-doktor perubatan bagi menyuntik pesakit jadi setiap kali kelas ilmu bekam diadakan perasaan 'ngeri' dengan jarum itulah yang telah membantutkan kami untuk belajar..............entah macam mana pada bulan November lepas Herbalis Sdr Azmely telah menganjurkan KURSUS ASAS BEKAM selama sehari diKomiti Nilai.....secara teori & praktikal....Kak Sue pun jemputlah rakaniaga Kak Sue untuk belajar sama...dah 2 tahun memikirkan jarum kenapa tak kita cuba je sekali ini.......maka kami pun belajarlah ILMU BEKAM beserta dengan praktikalnya sekali................dengan tak semena-mena selepas habis belajar kami berdua ketawa terbahak-bahak didalam kereta kerana terkenangkan 'jarum' yang digunakan dalam ilmu bekam.........aduh cuba anda bayangkan bagaimana keadaan digigit semut tentu tidak berapa sakitkan?? rupa-rupanya tusukan jarum bekam tidak terasa...gigitan semut lebih sakit dari tusukan jarum bekam..................MAKA SEKARANG KAMI TELAH LULUS TEORI DAN PRAKTIKAL MEMBEKAM........Pencapaian ini yang paling hebat jika nak dibandingkan dengan pencapaian-pencapaian yang lain ALHAMDULILLAH................................

No comments:

Post a Comment