Monday, April 5, 2010

LAWATAN KEGUDANG HPA, HALALHUB SERKAM & MENJAMU SELERA DIRFC/RCH KLUANG & MYDIN MALL MELAKA

Salam,
Pada hari Sabtu 3 April kami seramai 39 Ahli HPA dari Beranang,Nilai,Cheras & Kajang yang diketuai oleh PJ Us Radzi telah mengunjungi Gudang HPA diKluang, Johor kemudian kami telah menjamu selera diRFC (Radix Fried Chicken)& RCH (Radix Chicken House) Kluang, Johor.....alangkah besar hati kami melihat perkembangan HPA yang telah menempa sejarah dan dapat bersaing menyediakan resepi dari ayam organik dan yang paling utama kesemua bahan yang digunakan direstoren ini adalah 100% HALAL & TIDAK ADA MSG.....tetapi rasa masakannya alhamdulillah sehingga menjilat jari....banyak menu terdapat direstoran RFC  ini dan harganya pun sangat berpatutan.......selepas puas menjamu selera kami bermalam diHOMESTAY KLUANG yang terletak berhampiran dengan RFC & RCH........keesokan harinya pada 4 April rombongan kami pagi-pagi lagi telah bertolak keHALALHUB MELAKA yang terletak diSerkam, Melaka......disini terdapat 13 syarikat vendor yang menyertai HPA dimana produk mereka insyallah akan dipasarkan melalui AlWahida Marketing Sdn Bhd.....hebatkan HPA menjadi pemangkin membangunkan usahawan-usahawan IKS...Tahniah!!!.......tiba waktu tengahari rombongan kami singgah untuk makan tengahari di RFC yang terletak diMYDIN MALL diMITC, Melaka................Wau dahsyat tak terkira pelanggan beratur berderet-deret membuat pesanan makanan diRFC ini.

Wah tengok tu makan dengan ceria diRFC Mydin Mall, Melaka

Gambar-gambar terbaru diRFC Mydin Mall, Melaka

Lihatlah betapa ramainya pelanggan RFC sehingga berbaris panjang

Antara hidangan diRFC....yummi....

Wah berbaris panjang....bilalah dapat makan ni!!!.......

Ahli-Ahli HPA yang makan kat RFC/RCH dapat nilai mata tau!!!......

Selama 2 tahun semenjak 2008 maka hari ini telah terbalas 'puasa' kami dimana selama 2 tahun tidak menjejakkan kaki dimana-mana restoren 'FRIED CHICKEN' maka hari ini telah berbayar.......

Alhamdulillah telah ramai diantara yang telah sedar akan pentingnya makanan halal & thoyyibah.....yang paling Kak Sue nak tabik ialah diantara pelanggan terdapat ramai juga bukan Islam yang makan disini kerana mereka mementingkan kesihatan...ayam tanpa bahan kimia/suntikan dan makanan tanpa MSG.........

No comments:

Post a Comment