Monday, March 28, 2016

DELIGASI SGB70 KEBUKIT TINGGI, PADANG, INDONESIA

Tanggal 22hb Mac 2016 menyaksikan 9 orang sahabat menziarah Kota Padang dan seterusnya ke Bukit Tinggi....tanah minangkabau....yang mengimbau...


Dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Padang mengambil masa lebih kurang 1 jam..sebaik2 tiba kami disambut oleh wakil sahabat kami Ibu Safni yang peramah..kami terus ke rumah gadang yang memuatkan dokumentasi mengenai adat istiadat Minang...

Bergambar kenangan diPusat Dokumentasi dan Informasi
Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang
Penerangan oleh wakil Dokumentasi memang sangat berkesan
petahnya dia menceritakan satu persatu adat Minangkabau












Sebaik-baik sampai diPekan Padang Panjang sudah terhampar deretan kedai menjual pakaian /kain bersulam, telekong bersulam serta batik sarung dengan motif & corak terkini memikat siapa sahaja yang singgah...apa lagi bermulalah shopping sakan...dengan currency yang boleh dikatakan murah maka Padang, Bukit Tinggi menjadi syurga membeli belah.....

Tanah Minangkabau jelas mempertahankan tradisi mereka dimana makanan mereka terdiri dari bahan-bahan yang diperolehi dari hasil tanaman mereka sendiri...daging kerbau menjadi bahan makanan utama, demikian juga beras hasil dari tanaman padi yang diushakan disawah sekitar rumah mereka....

Rata-rata tidak ada makanan impot menjadi kebanggaan penduduk disini....satu perkara yang agak pelik disini tidak ada 1 gerai/kedai pun menjual nasi lemak atau pun roti canai...walau pun ramai orang Minang berhijrah keMalaysia....sudah pasti mereka tahu akan nasi lemak dijual merata-rata cerok diMalaysia...hebat mereka mempertahankan budaya, adat & susila turun temurun mereka...
Rehatkan kaki selepas penat berdiri memilih barangan
Datuk Zamani menandatangani buku pelawat diMuseum
Rumah Kelahiran Buya HAMKA
Museum ini dibina oleh ABIM sebagai memperingati
seorang tokoh besar Buya HAMKA
Bergambar Kenangan diMuseum
Kelahiran Buya HAMKA 
Menikmati masakan minang yang enak diRestoran tepian sawah

Sawah padi yang menghasilkan beras untuk makanan
penduduk diTanah Minang.....

Pokok Avocado yang tumbuh subur diBukit Tinggi

Terowong yang dibina oleh tentera Jepun semasa Perang
Dunia Kedua dengan mengerah tenaga buruh paksa
Direction Lubang Jepun
Beginilah rupanya tangga untuk
turun keLubang Jepun
Pasar Ateh yang sangat popular diBukit Tinggi

Satay Minang yang sangat popular & sedap dari daging kerbau

Keropok Kulit Kerbau

Kedai yang menjual aneka keropok

Minuman Teh Telor...