Friday, October 24, 2014

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1436

ASSALAMUALAIKUM WBT,

Detik 12 malam sedang menghampiri kita untuk sekian kalinya...kali ini sangat bermakna kerana esok adalah tahun baru Islam 1 Muharram 1436 Hijrah.....

Malam ini tidak ada acara meriah diDATARAN MERDEKA, tidak ada juga konsert yang menggegarkan gegendang telinga....tidak ada deretan artis dengan rupa menawan menari, menyanyi menghibur penonton yang hadir ............

Tidak ada Menteri2, Barisan Kabinet hadir diDataran Merdeka sama2 bergumbira menyambut kedatangan tahun baru yang amat bermakna oleh MAHA PENCIPTA............

Begitulah hakikatnya sunyi dan sepi.....hanya diMesjid dan surau2 mengadakan solat sunat menyambut kedatanganMU wahai TAHUN HIJRAH.....alhamdulillah................

Ya ALLAH kau berikanlah kami segala kekuatan iman semoga tahun baru ini dapat kami meningkatkan lagi ibadah kepadaMU YA ALLAH....jauhkan kami dari segala musibah dan fitnah dunia.............amin ya rabbalalamin..........

Friday, September 19, 2014

SEPTEMBER datang lagi.....alhamdulillah

Pada 20 September 2013 aku menulis kisah lagu September yang dipopularkan oleh penyanyi tersohor Biduanita Datuk Sharifah Aini kini tinggal kenangan...Biduanita ini yang sebaya usianya denganku telah pun pergi meninggalkan dunia yang fana ini.....begitulah putaran masa terlalu singkat....Innalillahiwainnailahirrojiun.....alfatihah buat Allahyaryam semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....syahdunya solat jenazahnya diimamkan oleh anaknya sendiri Alif....sejuk perut ibu yang mengandongkan anak yang solih.....



Saturday, July 19, 2014

LAGI MAS MENERIMA KEJUTAN .............................MH17

Assalamualaikum WBT,
Tanggal 17 Julai 2014 selepas 4 bulan kehilangan MH370 yang sehingga kini masih belum nampak apa pun bayangan .......ditaqdirkan sekali lagi kita menghadapi UJIAN ALLAH YANG MAHA ESA.....kemalangan MH17 yang terhempas disempadan Negara Ukraine dan Russia kerana ditembak oleh manusia yang mempunyai hati haiwan......bersepai berserakan sejauh 15km akibat pesawat tersebut terus terbakar semasa terhempas......YA ALLAH KAU MAHA MENGETAHUI AKAN APA YANG TELAH BERLAKU....berilah kami sekelian hambamu ini akan ketabahan kerana kesedihan yang amat sangat......mungkin kesalahan kami maka Allah SWT memberikan pengajaran.......

Paling malang kawasan kemalangan terletak dizon perang warga Ukraine yang memberontak untuk berpisah dari negara mereka.......pasukan penyiasat tidak dibenarkan sama sekali memasuki kawasan begitu juga pasukan penyelamat.....sudah tidak ada erti kemanusiaan walau pun ada manusia yang menerima nasib malang....tentulah malang sekali sesama manusia sudah tidak ada perasaan saperti manusia.........nauzubillah mungkin akibat darah yang mengalir sudah tercemar dengan benda2 najis yang dimakan.......... hati telah menjadi hitam...jiwa telah kering tanpa ada belas kasihan .............. tentu ada lagi barang-barang penumpang dan anak kapal yang masih elok untuk dibawa pulang sebagai kenangan....kawasan tersebut terbuka maka mudahlah barang bukti dibuang/disembunyikan dan personal belonging juga hilang begitu sahaja ..................

Mungkin secara kebetulan angka Boeing 777 MH17 memulakan perjalanan keseluruh dunia pada 17/7/1997 dan ditembak jatuh pada 17/7/2014 selepas 17 tahun dengan setia menerbangkan penumpang keserata negara .......subhanallah angka 7 adalah angka yang menakjubkan 7 petala bumi 7 petala langit...7 kali pusingan tawab.....7 kali berlari2 anak antara Safar dan Marwah.....7 kali mengerjakan Umrah Allah SWT kurniakan hambanya 1 pahala haji in shaa Allah...................mudah2an orang-orang Islam yang menjadi mangsa tragedi ini diberikan Allah kedudukan dikalangan mereka2 yang beriman....aminnn....

Thursday, July 17, 2014

SESSI UJIKAJI DARAH

ASSALAMUALAIKUM WBT
Usia persaraan telah memasukki tahun ketiga syukur alhamdulillah Allah SWT masih memberikan kesihatan yang baik.......hasil dari ujian darah yang baru sahaja dijalani tahap gula masih sama 4.5, blood pressure 117/80..........buah pinggang masih baik ........syukran Ya Allah tiada harga yang dapat dinilai diatas kesihatan kurniaan Allah SWT.....walau harta setinggi gunung tidak akan dapat disamakan dengan sepasang buah pinggang, tidak akan dapat menggantikan darah merah yang mengalir memberikan oksigen untuk bernafas.........tidak akan dapat dinilaikan dengan jantong yang sentiasa bekerja tanpa henti kurniaan Allah SWT....begitulah betapa perlunya kita menjaga sebaik-baiknya anggota badan yang telah diamanahkan Allah kepada kita ........kalau kita dilahirkan lengkap segalanya biarlah kita kembali dengan anggota yang sama dalam keadaan lengkap dan baik....in shaa Allah..........

Mungkin yakin dengan apa yang tercatit didalam AlQuran......buah zaitun, buah tin, delima, tamar, habbatussawda dan ratusan lagi buah dan sayoran kurniaan Allah SWT dimukabumi ini yang baik dan banyak khasiat yang selalu aku amalkan..............serta jauhilah produk-produk yang haram dan syubhah in sha Allah kita semua akan memperolehi kesihatan yang baik......itu janji Allah SWT.............
Minyak Zaitun kaya dengan Omega 3
dan omega 6 sangat baik memelihara 
jantong
Roselle mengandongi vit c hampir 20 kali ganda dari orange





Labu mengandongi anti oksiden yang sangat tinggi untuk mengubati segala penyakit 

       
Habbatussawda membantu menyembuhkan segala penyakit kecuali 'mati'












Pegaga yang tumbuh sendiri dihalaman rumah Subhanallah ....selalu bercakap sendiri bila membuang rumput dihalaman keinginan untuk menjadikan pegaga menjadi herba hiasan selang beberapa minggu tumbuh meliar pegaga dengan banyaknya ............syukur alhamdulillah tanpa menanam dia tumbuh sendiri dengan kuasa Allah...

Sunday, March 30, 2014

MAS ......MH370.....LAYANG-LAYANG PUTUS TALI..........

Assalamualaikum WBT,

8 Mac 2014 tarikh yang menggemparkan seluroh alam bumi......kehilangan MH370 amat membingungkan negara lebih-lebih lagi kaum keluarga seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal.....sudah 3 minggu tanpa berita yang sohih sebab kehilangannya.....
PESAWAT MAS MH370......BOEING 777-200ER

Berbagai-bagai teori dan andaian berlegar bersimpang sior dialam maya , berlegar diseluruh akhbar didunia......masyallah begitulah kehendakNYA yang MAHA ESA....tiada siapa yang tahu kisah sebenarnya.........kisah suka, duka, perit, pahit, maung bercampur baur.....

Moga-moga Allah SWT memperkenankan doa sekelian muslimin dan muslimat yang perihatin dengan kehilangannya......YA ALLAH KAU TIMBULKANLAH IA JIKA TENGGELAM, KAU KEMBALIKAN IA JIKA TERSESAT, KAU SELAMATKANLAH SEKELIAN PENUMPANG DAN ANAK KAPAL.....BERILAH MEREKA PELUANG BERTEMU SEMULA DENGAN KAUM KELUARGA, SAHABAT HANDAI YANG AMAT MERINDUI MEREKA.......AMIN YA RABBALALAMIN......

Wednesday, February 26, 2014

KOREA.....WINTER SONATA.....

ASSALAMUALAIKUM WBT,
Bulan Februari masih lagi winter dikawasan-kawasan utara dan selatan dunia......digarisan Khatul Istiwa keadaannya panas membahang.....sesetengah negara hujan tidak membasahi bumi lagi buat sekian bulan.....begitulah kehendakNYA yang MAHA ESA......

Korea, Jepun dan China merupakan negara Asia yang mempunyai 4 musim......winter, spring, summer dan autumn.....sesetengah kawasan tinggi diliputi salji yang memutih......

Pelancung keJepun mungkin kerana tarikan teknologinya yang canggih, keChina kerana syurga membeli belah bagi mereka yang kaki berbelanja......tetapi tarikan keKorea agak unik kerana tarikannya bukan kerana salji untuk bermain ski, bukan kerana tempat membeli belah tetapi kerana DRAMA-DRAMAnya yang digarap demikian rupa sehingga penonton merasa teruja untuk menyaksikan lokasi-lokasi pengambaran drama2 ini.....dan tarikan kepada GANGNAM STYLE....KPOP........begitulah kehebatan dan keunikan yang dimilikki oleh NEGARA KOREA.......

Drama yang menghantui pelancong dari serata dunia ialah WINTER SONATA dimana lokasi pengambaran banyak berkisar disebuah pulau indah yang diliputi salji ......NAMI ISLAND......

Deretan pokok-pokok pine yang ditanam begitu cantik.....

Wajah Hero yang membawa watak Joon Sang lakonannya yang bersahaja sangat memikat dan Heroin yang membawa watak Yujin seorang gadis yang begitu setia dengan cinta pertamanya............
Mereka begitu bangga dengan drama2 mereka sehinggakan mereka membina patong2 pelakon yang membawa watak Haewoon No Bodies Daughter...drama ini masih ditayangkan diAstro....huh....

Pintu masuk ..Port bagi menunggu feri ...perjalanan hanya 5 minit sahaja dari tanah besar...
KIMCHI adalah makanan yang dijerok kerana Korea mempunyai 4 musim mereka menjerokkan semua jenis sayor, udang, sotong dll bagi bekalan makanan dimusim sejuk....subhanallah.....
KUNCI CINTA begitulah kehebatan cinta yang digarap dalam drama2 mereka..... Korea mengabadikan kesah2 cinta ini dengan mengadakan bukit khas, disitu pasangan yang bercinta menggantongkan kunci cinta mereka berdua.....terdapat ratusan ribu kunci yg tergantong disini untuk sekian lama ada banyak yang sudah berkarat ...adakah cinta mereka kini sudah BERKARAT??????
Pusat bermain ski .......dapat menggenggam snow dan menapak diatasnya menimbulkan rasa kecintaan kepada yang MAHA ESA....SUBHANALLAH IA memberikan segala2nya untuk dinikmati oleh hambaNYA hanya hambaNYA sahaja sebahagian besar masih mendurhaka kepadaNYA..........
Nami Island sebenarnya sebuah pulau yang dibina manusia diatas sebuah dam takungan air bagi mengelakan hakisan pulau ini telah ditanam dengan deretan pokok-pokok pine.....selepas 50 tahun barulah pokok2 ini matang  dan dibuka untuk orang ramai.....keadaan pokok2 disini teratur dan cantik menjadi tarikan producer drama Korea untuk membuat pengambaran terutama drama yang berthemakan cinta......

Sedikit mengenai drama Winter Sonata.....drama ini diterbitkan pada tahun 2002 .....disepanjang 20 episod drama ini dipenuhi dengan air mata Yujin seorang gadis yang jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Joon Sang disekolah menengah.....mungkin itulah agaknya tajuk drama ini dinamakan winter .....penuh dengan air mata........penonton dibuai dengan kisah cinta pilu yang hampir tidak kesampaian dengan berbagai halangan dan dugaan.....