September datang lagi.....begitu evergreen bulan ini saperti yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi tersohor Biduanita Sharifah Aini....usianya sebaya denganku...bulannya sahaja berlainan.....dia dilahirkan dibulan Julai tetapi lagunya Bulan September masih terngiang-ngiang terdengar alunan gemersik suaranya.......KU MASIH INGAT PERKENALANKU DIBULAN SEPTEMBER...SEPTEMBER.....itulah sebahagian dari lirik lagu yang didendangkannya.......
Bulan September 2013 genaplah usiaku 60 tahun katagori USIA EMAS........masa zaman kanak-kanak sering ibu-ibu memanggil INTAN PAYONG....jadi masa kanak-kanak adalah USIA INTAN....bila meningkat remaja sudah kenal apa erti BERLIAN dan berlian diabadikan disaat cincin disarong kejari manis cincin berlian, saat berumahtangga BERLIAN juga menjadi tumpuan disarong kejari manis sebagai tanda penghargaan seorang suami kepada isteri tercinta, sebagai tanda ikatan dua keluarga disatukan menjadi sebuah keluarga yang besar ........begitulah lumrahnya DIAMOND ARE FOREVER........tetapi usia tidak forever menjadi diamond......akhirnya menjadi gold.....GOLD sebagai sandaran, sebagai harta yang menjadi rebutan....GOLD juga menjadi punca keganasan KES RAGUT yang berleluasa dan wanita tidak selamat lagi memakai hiasan GOLD.......MAKNA SEBENAR GOLD mungkin usia ini sudah tidak selamat, sudah hampir penamat????
KEK YANG DIBUAT SENDIRI OLEH ANAK BONGSU........ |
Bersama puteri-puteri kesayangan menziarah nenek yang sedang dirawat diHKL kerana patah tulang peha.....maka berayalah kami pada tahun 2013 dihospital........ |