Setiap individu yang lahir dimuka bumi ini pasti mengingati hari lahir iaitu hari yang dikurniakan oleh Allah SWT kerana kita dapat melihat dunia yang fana ini dengan tangisan sendu diiringi dengan senyuman ibu dan ayah yang menyambut kehadiran kita......tetapi ada juga kelahiran yang disambut dengan kebencian/penghinaan/dendam maka itulah terjadi kepada bayi-bayi yang dibuang, dicampak, disumbat kedalam lubang tandas.......oh manusia apakah ini, deraian airmata kesakitan & tangisan insan yang baru nak mengenali alam fana.....kejam sungguh tidak dapat dibayangkan kedahsyatan yang maha dahsyat lebih dahsyat dari zaman firaun dan zaman arab jahiliah yang membunuh anak-anak perempuan............
28hb September setiap tahun aku menyambutnya dengan mengucapkan syukur kehazrat Allah SWT yang melanjutkan usiaku dalam keadaan yang masih sihat walafiat....tahun ini genap usiaku 59 tahun maka tahun tahun hadapan tiada lagi nombor 5 dipangkalnya...maka akan timbul nombor yang baru nombor keramat iaitu nombor yang kerajaan Malaysia istiharkan NOMBOR USIA EMAS....jika 60 usia emas maka 59 masih umur peraklah agaknya ........hu hu hu......
Tahun ini tanggal 28hb September jatuh pada hari Jumaat ibu segala hari....alhamdulillah ku mohon kepadaMU ya ALLAH berikanlah aku kekuatan iman, kesihatan yang berpanjangan, minda yang sehat, jauhkanlah aku dari sifat tamak/sifat-sifat keji........limpahkanlah rahmatMU kepada ku ya ALLAH, limpahkanlah rezki yang melimpahruah agar kami dapat menghulurkannya kepada yang memerlukan......tiada yang lebih baik dari tangan yang memberi.........amin ya rabbalalamin.....
Dari kecil telah diajar mentaati ALLAH SWT insyallah besarnya nanti akan menjadi wanita solehah |