Assalamualaikum WBT,
Kursus Bekam Asas secara teori dan praktikal anjuran Kelab Pemimpin Selatan (KPS Nilai) telah selamat diadakan diCawangan HPA Nilai pada hari Ahad 18hb Mac 2012. Seramai 16 orang peserta telah hadir dari jauh dan dekat, dari Kuala Pilah, Kuala Lumpur serta Melaka. Disamping kursus bekam peserta juga didedahkan dengan Rawatan Rendaman Kaki menggunakan herba rendaman kaki HPA.....rendaman kaki amat jarang kita lakukan. Lakukanlah sekurang-kurangnya seminggu sekali insyallah akan membantu mencantikan tumit kaki, menghilangkan stress malah dapat membantu menurunkan kadar tekanan darah bagi pesakit darah tinggi.....hebatkan.....begitulah rawatan menggunakan alamiah adalah rawatan yang paling serasi dengan tubuh manusia.....
|
AJK KPS NILAI bergambar ramai bersama para peserta selepas tamat kursus |
|
Para peserta tekun mendengar ceramah |
|
Peserta wanita adalah lebih ramai |
|
Peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai peralatan yang diperlukan dalam aktiviti bekam |
|
Rendaman kaki amat baik bagi menghilangkan stress selepas penat bekerja disamping menghalus dan membersihkan kaki |
|
Peserta yang masih muda dari Melaka Saiful Amirin menerima sijil |