Assalamualaikum WBT,
Hari ini 18.8.2011 maka berakhirlah perkhidmatan saya sebagai pegawai kerajaan setelah mencurahkan bakti membangunkan bangsaku yang masih jauh ketinggalan.....bangsaku masih meminta-minta dinegara sendiri, masih ada yang hidup dibawah kolong, masih ada yang mengemis untuk sesuap nasi.................bersempena dengan bulan Ramadhan Almubarak ini marilah kita banyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat fitrah agar terbela mereka-mereka yang kurang kemampuan.....insyallah ada ganjaran besar yang Allah SWT janjikan kepada hambanya yang berhati mulia di 'SANA'............
BAKTIKU SAMPAI DISINI............................
Saat yang sangat mengharukan.........selepas lebih 32 tahun berkhidmat akhirnya bersara wajib.........begitulah putaran hidup......patah tumbuh silih berganti..........Alhamdulillah syukur kehazrat Allah SWT yang memberikan rahmatnya kepadaku dapat bersara dalam keadaan yang sihat ..............