Salam Semua
Dipejabat tadi seorang kawan terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana bayinya terkena penyakit "measle..campak"....Kak Sue sempat mencadangkan kepadanya supaya mencari daun 'semambu' digiling halus dicampurkan dengan bedak sejuk dan sapukan keseluruh badan...insyallah akan cepat sembuh....
Pokok semambu atau neem sangat sinonim dengan kaum India dimana hampir setiap rumah orang India akan ditanam dengan pokok semambu ini.....diIndia daun semambu digunakan dalam hampir semua produk herba mereka yang lebih dikenali sebagai PERUBATAN AYURVEDA..........rawatan perubatan Ayurveda sangat popular keserata dunia........
AYURVEDA
PADANG ARAFAH YANG KINI SEMAKIN MENGHIJAU DENGAN PEPOHON NEEM
Kak Sue masih ingat lagi semasa mengerjakan Umrah pada tahun 2005 samada diMadinah atau diMekah terdapat pohon-pohon rimbun yang tumbuh menghijau tersangat subur diTanah Haram ini......walhal sebelum ini bumi berpasir ini kering kontang berdebu tetapi kini dengan kaedah moden boleh tumbuh pula pokok-pokok menghijau disini.....timbul beberapa persoalan bermain-main diminda Kak Sue....bagaimana selain dari pokok tamar hanya pokok semambu sahaja yang boleh 'survived' ditanah suci Mekah dan Madinah.....rupa-rupanya pokok ini adalah salah satu pokok herba yang mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi ditambah lagi dengan adanya AIR ZAM ZAM yang mempunyai PH tertinggi didunia iaitu 14.........Maha bijaknya Allah SWT yang mengatur bumi ini....dijadikannya bumi Mekah & Madinah tempat suci berkumpulnya jutaan manusia setiap masa mengerjakan ibadah dan dijadikanya pula minuman yang sangat hebat....air zam zam dan dijadikannya pula pokok yang sangat berkhasiat iaitu kurma dan herba yang sangat tinggi nilai perubatannya iaitu pokok semambu......MASYALLAH....
Bagi anda yang mengalami penyakit kulit amalkanlah dengan memupuk daun semambu dibahagian yang dijangkiti saperti jerawat, meruam, bisul, kurap, kayap dan sebagainya........juga gusi yang bengkak/sakit gigi pupuklah dengan daun semambu........
Daun Semambu (neem) adalah bahan asas dalam ubat gigi HPA.....