Wednesday, February 26, 2014

KOREA.....WINTER SONATA.....

ASSALAMUALAIKUM WBT,
Bulan Februari masih lagi winter dikawasan-kawasan utara dan selatan dunia......digarisan Khatul Istiwa keadaannya panas membahang.....sesetengah negara hujan tidak membasahi bumi lagi buat sekian bulan.....begitulah kehendakNYA yang MAHA ESA......

Korea, Jepun dan China merupakan negara Asia yang mempunyai 4 musim......winter, spring, summer dan autumn.....sesetengah kawasan tinggi diliputi salji yang memutih......

Pelancung keJepun mungkin kerana tarikan teknologinya yang canggih, keChina kerana syurga membeli belah bagi mereka yang kaki berbelanja......tetapi tarikan keKorea agak unik kerana tarikannya bukan kerana salji untuk bermain ski, bukan kerana tempat membeli belah tetapi kerana DRAMA-DRAMAnya yang digarap demikian rupa sehingga penonton merasa teruja untuk menyaksikan lokasi-lokasi pengambaran drama2 ini.....dan tarikan kepada GANGNAM STYLE....KPOP........begitulah kehebatan dan keunikan yang dimilikki oleh NEGARA KOREA.......

Drama yang menghantui pelancong dari serata dunia ialah WINTER SONATA dimana lokasi pengambaran banyak berkisar disebuah pulau indah yang diliputi salji ......NAMI ISLAND......

Deretan pokok-pokok pine yang ditanam begitu cantik.....

Wajah Hero yang membawa watak Joon Sang lakonannya yang bersahaja sangat memikat dan Heroin yang membawa watak Yujin seorang gadis yang begitu setia dengan cinta pertamanya............
Mereka begitu bangga dengan drama2 mereka sehinggakan mereka membina patong2 pelakon yang membawa watak Haewoon No Bodies Daughter...drama ini masih ditayangkan diAstro....huh....

Pintu masuk ..Port bagi menunggu feri ...perjalanan hanya 5 minit sahaja dari tanah besar...
KIMCHI adalah makanan yang dijerok kerana Korea mempunyai 4 musim mereka menjerokkan semua jenis sayor, udang, sotong dll bagi bekalan makanan dimusim sejuk....subhanallah.....
KUNCI CINTA begitulah kehebatan cinta yang digarap dalam drama2 mereka..... Korea mengabadikan kesah2 cinta ini dengan mengadakan bukit khas, disitu pasangan yang bercinta menggantongkan kunci cinta mereka berdua.....terdapat ratusan ribu kunci yg tergantong disini untuk sekian lama ada banyak yang sudah berkarat ...adakah cinta mereka kini sudah BERKARAT??????
Pusat bermain ski .......dapat menggenggam snow dan menapak diatasnya menimbulkan rasa kecintaan kepada yang MAHA ESA....SUBHANALLAH IA memberikan segala2nya untuk dinikmati oleh hambaNYA hanya hambaNYA sahaja sebahagian besar masih mendurhaka kepadaNYA..........
Nami Island sebenarnya sebuah pulau yang dibina manusia diatas sebuah dam takungan air bagi mengelakan hakisan pulau ini telah ditanam dengan deretan pokok-pokok pine.....selepas 50 tahun barulah pokok2 ini matang  dan dibuka untuk orang ramai.....keadaan pokok2 disini teratur dan cantik menjadi tarikan producer drama Korea untuk membuat pengambaran terutama drama yang berthemakan cinta......

Sedikit mengenai drama Winter Sonata.....drama ini diterbitkan pada tahun 2002 .....disepanjang 20 episod drama ini dipenuhi dengan air mata Yujin seorang gadis yang jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Joon Sang disekolah menengah.....mungkin itulah agaknya tajuk drama ini dinamakan winter .....penuh dengan air mata........penonton dibuai dengan kisah cinta pilu yang hampir tidak kesampaian dengan berbagai halangan dan dugaan.....