Tuesday, July 23, 2013

Assalamualaikum WBT,
Berita gembira yang ditunggu-tunggu selama 5 tahun telah mengembalikan rasa yakin diri, rasa syukur kehazrat ilahi yang tidak terhingga, rasa kepuasan yang tidak boleh dibilang dengan jari............

Pagi ini 22.7.2013 setelah pemeriksaan dibuat oleh Ketua Pakar ENT Hospital Putrajaya  telah mengembalikan semangat untuk meneruskan kehidupan ini bahawa tampalan yang dilakukan sebanyak 2 kali melalui pembedahan telah menutup keseluruhan 'eardrum' yang terkoyak pada tahun 2008....alhamdulillah......Pada tahun 2008 telah dilakukan pembedahan menampal gegendang telinga yang terkoyak (kerana infection berlaku disebabkan ruang dalam telinga berada dalam keadaan lembab mungkin disebabkan air memasukki tanpa sedar semasa mandi) dengan menggunakan sayatan dari kulit dibahagian telinga juga ....oleh kerana gegendang tidak mempunyai urat saraf maka tidak terasa sakit bila berlaku kebocoran tetapi mengakibatkan bunyi berdesing yang sangat kuat setiap masa dan pendengaran juga menjadi kurang jelas dan percakapan pesakit juga kurang difahami oleh orang yang mendengarnya.....begitulah ujian Allah SWT yang mengkehendakkinya....selepas ditampal pada tahun 2008 tampalan tersebut terbuka semula sebahagiannya dan bunyi berdesing masih berlaku kemudian selepas 2 tahun dilakukan semula pembedahan yang dijalankan sendiri oleh Head of ENT Department Hospital Putrajaya.....kali pertama pembedahan menggunakan kulit yang disayat dari telinga kiri dan kali kedua ini digunakan kulit yang disayat dari telinga kanan........tetapi berlaku juga tampalan tersebut terbuka sedikit malahan telah tumbuh satu benjolan berbentuk bulat berwarna putih...... untuk mengeluarkannya mungkin perlu melakukan pembedahan kecil kata doktor.....Ya Allah bertambah berdesing telinga mendengarnya sudah tak larat lagi melalui pembedahan untuk kali ketiga dengan mengharungi tempoh ubat bius yang mengandongi dadah yang kuat saperti melalui tempoh koma sementara, kata doktor mungkin faktor usia menyebabkan tampalan ini sukar untuk bersebati......maka setiap 6 bulan dibuat pemeriksaan masih juga tetap begitu malahan semakin membesar semasa pemeriksaan lanjutan pada Disember 2012 dan pemeriksaan seterusnya ialah pada 22.7.2013......

Oleh kerana hampir merasa putus asa maka ikhtiar terakhir hanya  berdoa kepada Allah SWT agar disembuhkan pendengaran ini........Allah SWT Maha Mendengar, Maha Mengasihani........maka apabila wabak RUMPAI LAUT melanda keseluruhan Semenanjong Malaysia maka terfikir untuk membaca & mengkaji analisa kandungan rumpailaut yang telah dilakukan oleh pakar-pakar bioteknologi....tempatan dan luar negara......antara khasiat kandungan rumpailaut ialah kandungan Omega 3 & Omega 6, kandungan iodin yang sangat tinggi serta protin dan sangat baik dalam pemulihan kulit manusia. Maka terfikir bahawa tampalan yang dilakukan tersebut menggunakan kulit mungkin boleh membantu menghidupkan sel-sel kulit tersebut dan mana tau ia boleh bertaut semula dan menutup kebocoran yang berlaku dibahagian 'eardrum' tersebut......makanya setiap hari dimakan rumpailaut yang telah dibuat jeli 1 mangkok pagi dan 1 mangkok pada waktu malam tidak pernah henti dan berdoa sepanjang masa......Ya Allah inilah ikhtiar terakhirku sekiranya tidak berjaya juga maka aku akan pasrah diatas kehendaNYA......

Hanya beberapa bulan sahaja dan alhamdulillah pemeriksaan yang dibuat pada 22.7.2013 telah pun terbukti dengan kuasa Allah SWT yang menjadikan segala hidupan dilangit, dibumi dan dilautan telah mengabulkan doaku yang tidak putus-putus bahawa bahagian tampalan yang bocor telah tertutup rapi dan benjolan putih pula sudah mengecut memang ajaib dengan izin Allah SWT jua yang mengkehendakkinya.....ALHAMDULILLAH SYUKUR.......yakinlah setiap penyakit ada ubatnya...hanya kita manusia yang lemah perlu mencari, mengkaji dan meyakini dan istiqamah........setiap hidupan disekeliling kita ada kegunaannya, ada kelebihannya Allah SWT telah menyediakan segalanya...hanya kita yang perlu yakin .....yakinlah!!!!!!.........

Terima kasih yang tidak terhingga kepada sekelian Doktor-Doktor Pakar ENT Hospital Putrajaya terutama sekali Head of ENT Department Dr. Balwinder Singh yang telah begitu sabar dan tekun melayani pesakit tanpa jemu yang telah membantu saya mendapat semula nikmat Allah SWT iaitu nikmat MENDENGAR.......

HOSPITAL PUTRAJAYA........


Saturday, July 13, 2013

Assalamualaikum WBT,
Ramadhan tiba lagi....syukur alhamdulillah kita dapat lagi melakukan ibadah puasa selama sebulan insha Allah bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan,bulan rahmat, bulan pengampunan mintalah diturunkan rahmat dan keampunan kepadaNYA, mohonlah limpahan rezki sebanyak-banyaknya.........

Bersempena dengan Ramadhan Almubarak disamping kita berpuasa menahan lapar&dahaga, menahan nafsu segala...kita lihat kembali apa yang kita makan sebagai juadah berbuka selain halalan toyyibah yang dititikberatkan kita juga perlu memastikan produk yang kita makan menjadikan darah daging kita itu disediakan oleh tangan-tangan orang Islam dan bukannya dari syarikat-syarikat milik YAHUDI TERUTAMANYA......Yahudi dilaknat Allah SWT dan jangan kita memujanya pula......contoh makanan Yahudi sangat banyak dan menguasai hampir 80% pasaran dinegara kita... NESTLE...KFC..COCA-COLA..McD...STARBUCK....PIZZA HUT...JOHNSON&JOHNSON........ PASARAYA TESCO  MILIK YAHUDI..dan ada ribuan lagi tak tersebutkan disini.....nauzubillahminzalik.....murkanya ALLAH SWT melihat hambaNYA walau pun telah diturunkan ayat pertama yang disebut oleh Malaikat Jibril IQRA' IQRA' IQRA'.....bacalah...bacalah....bacalah...ayat ini ditujukan kepada sekelian ummat Nabi Muhammad SAW supaya mengkaji, menganalisa, menyemak bahan makanan, siapa pembuatnya...kesemuanya melalui pembacaan/iqra'.....BERHIJRAHLAH KEPADA PRODUK KELUARAN MUSLIM walau pun masih kurang dipasaran kita dituntut mencarinya sedikit demi sedikit insha Allah akan banyaklah disuatu masa nanti.....dan kita ummat Islam perlu memberi sokongan dengan membeli dan memakan atau menggunanya......

AL-HADDAD MARKETING PENGELUAR PRODUK MUSLIM TERHANGAT DIPASARAN