Friday, February 22, 2013

KONGSI-KONGSI PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG

Assalamualaikum WBT,
Sudah lama kita tidak mendengar berita mengenai HPA maka pada penghujung Disember 2012, saya telah berkesempatan menghadirkan diri bagi program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang) diIbu Pejabat HPA iaitu diHPAIC Shah Alam.....kongsi-kongsi dalam bahasa Cina membawa maksud merayakan bersama kejayaan begitulah kita harapkan kepada HPA.....

Bangunan HPAIC banyak meninggalkan kenangan suka dan duka pejuang-pejuang produk halal
Setiap program yang dianjurkan maka ramai MUSLIMAH yang menghadirinya jika dibandingkan dengan MUSLIMIN.....agaknya kaum muslimin sibuk mencari rezki walau pun program ini dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad....waullahuallam....