Tuesday, November 6, 2012

Assalamualaikum WBT,
Lama tidak menulis terasa rindu.........rasanya puas menulis mengenai herba, rawatan menggunakan herba dan sebagainya. Alhamdulillah setakat ini Allah SWT masih mengurniakan kesihatan yang baik mungkin berkat dari kesungguhan menghayati kurniaan alam semesta yang menghasilkan buah, sayur, dedaun herba dan juga haiwan yang halal dimakan. Musim hujan kini telah tiba hampir setiap hari hujan turun diserata tempat dengan lebatnya, sampai kadang-kadang terfikir banyaknya air yang Allah SWT turunkan dibumi kita  tetapi kenapa masih ada cerita-cerita kekurangan air berlaku disana sini......anehkan bunyinya........kita biarkan ahli bijakpandai menguruskannya!!!!

Selepas April 2008 berlangsongnya PRU12 kini pusingan PRU13 akan sampai....disana sini ceramah, perjumpaan samada dipejabat, digedong-gedong malah hingga sampai kewarung-warung kopi dikampong-kampong juga isu politik negara menjadi topik hangat yang menceriakan kehidupan.........kita sudah MERDEKA selama 55 tahun kita seharusnya sudah terlalu matang untuk memilih aliran politik sebenar......sementelah Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat akan berlangsong dalam beberapa jam sahaja lagi. Sangat menarik diAmerika calun-calun Presiden berbahas secara terbuka yang boleh didengari secara worldwide......sesiapa sahaja boleh mengikuti tanpa rasa takut dan bersalah, mereka begitu matang dalam berpolitik......terfikir pulak bila agaknya budaya ini akan sampai kenegara kita......setiap rakyat berhak dan  dijamin dalam perlembagaan untuk berbincang, berbahas secara terbuka itulah dia amalan demokrasi sebenar........

Apa pun tarikh PRU13 yang pasti April 2013 Parlimen Malaysia akan terbubar dengan sendirinya........SELAMAT MENGUNDI .....PILIHLAH CALUN YANG MEMBAWA KEAMANAN DUNIA DAN KESEJAHTERAAN DIAKHIRAT .......PILIHLAH CALUN YANG BERKHIDMAT DENGAN AMANAH TANPA KEPENTINGAN DIRI DEMI MEMAJUKAN RAKYAT DAN NEGARA KITA YANG TERCINTA.........ITULAH AMANAH YANG DIBERI KEPADA MEREKA.....


Daun pisang juga sudah berubah warna kerana politik ..........