Friday, December 31, 2010

TAHUN BARU MASEHI 2011......

Assalamualaikum WBT,
Detik 12 malam ini akan bermulalah tahun baru tahun Masehi 2011........bagaimana kita semua ye selama setahun dalam 2010 lihatlah diri kita semula......muhasabah diri kita mudah-mudahan Allah SWT akan memberikan keberkatan......dan dilanjutkan usia kita dalam keadaan sihat walafiat dan jadilah khalifah dimukabumi Allah ini membawa kesejahteraan sekelian ummat manusia........insyallah..............SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2011..............................

Monday, December 27, 2010

BEKAM SUNNAH......Al Hijamah....

Assalamualaikum WBT,
Tahun baru Hijrah 1432 telah pun berlangsong hari ini 21Muharram 1432 telah 3 minggu........dan 4 hari lagi bakal muncul tahun baru Masehi 2011.......tahun demi tahun berlalu apakah yang telah kita semua lakukan untuk kebaikan dunia ini sebagai Khalifah dimuka bumi kita selalulah bermuhasabah diri supaya kita menjadi UMMAT MUHAMMAD SAW yang bagus dan sentiasa membawa keamanan & kesejahteraan buat sekelian ummat dimuka bumi ini.....insyallah.........

Pencapaian Kak Sue pada tahun ini Kak Sue ukur dari segi kerjaya perniagaan bersama HPA......PENCAPAIAN PERTAMA : ialah selama 8 bulan perjuangan Kak Sue telah mencapai tahap pangkat PENGARAH JATI alhamdulillah kurniaan Allah SWT....kalau kita berusaha dan yakin kepadaNYA insyallah kita akan mencapai apa yang kita cita-citakan.......Kak Sue telah menjadi Ahli HPA pada tahun 2008 dan pencapaian awal hanya setakat PLX (Pengurus Melati) selama 3 bulan kemudian bergerak kepangkat PRX (Pengurus Meranti) selama hampir setahun sehingga dibukakan hati & jiwa oleh Allah SWT pada awal 2010 untuk mencuba sedaya upaya untuk ketahap PJ alang-alang kita berjuang kenapa tidak berjuang secara TOTAL?????

PENCAPAIAN KEDUA : Selama 2 tahun perjuangan dalam HPA berbagai-bagai ilmu telah ditimba dan dipelajari sebagai asas untuk meneruskan perniagaan dalam bidang produk dan rawatan tradisional.....hanya 1 sahaja perkara/ilmu yang Kak Sue dan rakaniaga paling takut untuk belajar iaitu ILMU BEKAM............... apa yang sangat ditakuti yang bermain-main diminda kami ialah teringatkan 'jarum'...... kami ingatkan jarum yang digunakan saperti jarum suntikan yang sering digunakan oleh doktor-doktor perubatan bagi menyuntik pesakit jadi setiap kali kelas ilmu bekam diadakan perasaan 'ngeri' dengan jarum itulah yang telah membantutkan kami untuk belajar..............entah macam mana pada bulan November lepas Herbalis Sdr Azmely telah menganjurkan KURSUS ASAS BEKAM selama sehari diKomiti Nilai.....secara teori & praktikal....Kak Sue pun jemputlah rakaniaga Kak Sue untuk belajar sama...dah 2 tahun memikirkan jarum kenapa tak kita cuba je sekali ini.......maka kami pun belajarlah ILMU BEKAM beserta dengan praktikalnya sekali................dengan tak semena-mena selepas habis belajar kami berdua ketawa terbahak-bahak didalam kereta kerana terkenangkan 'jarum' yang digunakan dalam ilmu bekam.........aduh cuba anda bayangkan bagaimana keadaan digigit semut tentu tidak berapa sakitkan?? rupa-rupanya tusukan jarum bekam tidak terasa...gigitan semut lebih sakit dari tusukan jarum bekam..................MAKA SEKARANG KAMI TELAH LULUS TEORI DAN PRAKTIKAL MEMBEKAM........Pencapaian ini yang paling hebat jika nak dibandingkan dengan pencapaian-pencapaian yang lain ALHAMDULILLAH................................

Thursday, December 2, 2010

MEE SEGERA HPA......

Assalamualaikum WBT,

Musim cuti sekolah/semester telah pun bermula....maka berhimpunlah anak-anak dirumah ibu bapa menghabiskan cuti yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh ibubapa terutama anak-anak yang kerinduan menjamah masakan ibu juga dapat bertemu dengan adik-beradik serta saudaramara....tambahan pula tentu ramai yang mengadakan kenduri kahwin semasa cuti persekolahan/semester ini. Apabila telah berhimpun maka soal utama ialah apa yang nak dihidangkan kepada anak-anak ini........Kak Sue nak kongsi 1 resepi rengkas & mudah disediakan tambahan pula memang sangat digemari oleh anak-anak.......masakan mee segera HPA.......

Sapertimana ramai yang telah mengetahui bahawa mee segera dipasaran amat diragui akan kehalalan & kebersihannya........caranya tumiskan bawang putih, bawang merah & sedikit halia serta rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih) kemudian masukan sedikit hirisan ayam organik HPA biarkan sebentar...lepas itu taburkan sedikit rempah kari HPA apabila telah wangi baunya masukan semangkuk air biarlah mendidih....masukan mee kuning HPA kemudian dimasukan telur ayam....baik kalau dapat masukan sedikit sayur sawi & lobak merah.......biarlah sehingga mee masak sebentar dan dihidangkan......jangan lupa garam bukit HPA...............rasa mee ini lebih sedap dari mee segera yang ada dipasaran tambahan pula dengan ayam organik yang sihat dan mee kuning (mee kering HPA) yang bersih dari bahan kimia dan bahan najis..........yummi.......cubalah hari ini juga......anak-anak pasti sukakannya.......